BERITA TERKINI   AirBorneo rancang lancarkan penerbangan permulaan dari Kuching ke Singapura, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu pada Julai - CEO Megat Ardian | Tambang penerbangan AirBorneo buat masa ini tidak berubah walaupun harga bahan api global meningkat - CEO Megat Ardian | AirBorneo rancang lancar operasi jet serantau dari Kuching menggunakan tiga pesawat Boeing 737-800 pada Julai - CEO Megat Ardian | Anak syarikat Aneka Jaringan peroleh kontrak Projek Sambungan Lebuhraya Pantai Baharu daripada IJM Construction bernilai RM82.8 juta | 
Ad Banner

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) ditutup tinggi hari ini, disokong oleh aktiviti dagangan yang lebih baik walaupun mengalami tekanan awal minggu ini.

Penganalisis kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata kontrak penanda aras itu meningkat sedikit berikutan pertambahan aktiviti dagangan pada separuh kedua minggu ini walaupun potensi peningkatan keseluruhan masih dikekang oleh permintaan eksport yang lemah.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Julat dagangan meningkat pada separuh kedua minggu ini dengan kontrak April yang paling aktif diniagakan mengurangkan sebahagian daripada kenaikan sebelumnya apabila ditutup dengan peningkatan kecil," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pada minggu ini, seiring dengan penganjuran persidangan tahunan unjuran harga minyak sawit tahunan, pasaran mengalami jualan besar-besaran selama tiga hari berturut-turut.

Katanya keadaan ini berlaku antaranya berikutan penurunan ketara niaga hadapan minyak sayuran di Bursa Komoditi Dalian dan Bursa Komoditi Zhengzhou di China menjelang cuti panjang.

Ad Banner
Ad Banner

Pada penutupan dagangan, kontrak Februari 2026 turun RM28 kepada RM3,950 satu tan, Mac 2026 meningkat RM27 kepada RM4,037 satu tan dan April 2026 menokok RM13 kepada RM4,050 satu tan.

Kontrak Mei 2026 meningkat RM3 kepada RM4,046 satu tan, Jun 2026 tidak berubah kepada RM4,040 satu tan dan Julai 2026 meningkat RM2 kepada RM4,035 satu tan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 116,044 lot daripada 88,218 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 230,392 daripada 225,951 sebelumnya.

Harga MSM fizikal baharu bagi Februari Selatan kekal tidak berubah kepada RM4,050 satu tan.

-- BERNAMA