BERITA TERKINI   AirBorneo rancang lancarkan penerbangan permulaan dari Kuching ke Singapura, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu pada Julai - CEO Megat Ardian | Tambang penerbangan AirBorneo buat masa ini tidak berubah walaupun harga bahan api global meningkat - CEO Megat Ardian | AirBorneo rancang lancar operasi jet serantau dari Kuching menggunakan tiga pesawat Boeing 737-800 pada Julai - CEO Megat Ardian | Anak syarikat Aneka Jaringan peroleh kontrak Projek Sambungan Lebuhraya Pantai Baharu daripada IJM Construction bernilai RM82.8 juta | Pharmaniaga akan keluar daripada status PN17 bermula 9 pagi, 17 Mac 2026 - Bursa Malaysia | 
Ad Banner

Jualan Automotif Naik 27 Peratus Kepada 64,298 Unit Pada Januari 2026

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia meningkat 27 peratus kepada 64,298 unit pada Januari 2026 daripada 50,449 unit dicatatkan dalam bulan sama pada tahun lepas.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh kesan limpahan daripada pelancaran model baharu pada akhir 2025.

Katanya jualan kenderaan penumpang meningkat 28 peratus kepada 60,369 unit daripada 47,019 unit pada tahun lepas manakala jualan kenderaan komersial naik 15 peratus kepada 3,929 unit daripada 3,430 unit sebelum ini. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pengeluaran meningkat enam peratus kepada 60,866 unit bulan lepas daripada 57,450 unit pada tahun lalu, katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengeluaran kenderaan penumpang naik kepada 57,367 unit daripada 54,345 unit sebelum ini manakala pengeluaran kenderaan komersial meningkat kepada 3,499 unit daripada 3,105 unit sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya TIV pada Januari 2026 merosot 29 peratus daripada dicatatkan pada Disember 2025, sebahagian besarnya disebabkan pembelian awal pada Disember 2025 sebanyak 90,716 unit -- jumlah TIV bulanan tertinggi pernah dicatatkan.

Ad Banner
Ad Banner

Menurut MAA, jualan dijangka kekal lembap pada Februari 2026 berikutan hari bekerja yang pendek (17 hari bekerja) disebabkan cuti Tahun Baharu Cina.

-- BERNAMA