BERITA TERKINI   Dua lelaki, seorang wanita warga asing maut ditembak di sebuah restoran di Kota Tinggi petang tadi - Ketua Polis Johor | Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dalam kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan - Polis | Seramai 9,007 penduduk terjejas akibat kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan - Polis | Kebakaran di Sandakan: 1,000 buah rumah dianggarkan terlibat setakat ini - Bomba | Pembaikan lokasi runtuhan tembok penahan di Jalan Abang Haji Openg, TTDI dijangka ambil masa dua hari - Hannah | 
Ad Banner

Isu Berkaitan Aliran Masuk Pelaburan Antara Dibincangkan Dalam Mesyuarat MITI Bersama PM Anwar

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Isu berkaitan aliran masuk pelaburan ke negara ini antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata perbincangan turut meliputi prestasi pelaburan asing yang diterima dan keperluan domestik berkaitan pengambilan pekerja asing.

Katanya mesyuarat itu juga bertujuan menyampaikan isu berbangkit yang memerlukan perhatian pengurusan kanan kementerian termasuk beberapa perkara penting yang memerlukan pertimbangan dan keputusan Perdana Menteri bagi memastikan pelaksanaan dasar berjalan lancar.

Ad Banner

“Kita mengemukakan beberapa perkara penting yang memerlukan perhatian Perdana Menteri untuk membolehkan dasar dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di sini.

Turut hadir Timbalan Menteri MITI Sim Tze Tzin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Setiausaha MITI Datuk Hairil Yahri Yaacob.

Johari berkata dasar MITI telah dirangka dan dilaksanakan, namun terdapat beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan untuk penambahbaikan. 

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata isu berkaitan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) tidak dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

-- BERNAMA