BERITA TERKINI   Malaysia dan Australia sokong seruan Paus Leo untuk keamanan serta gesa diadakan dialog bagi menamatkan konflik global | Malaysia, Australia setuju perkukuh kerjasama teknikal antara Petronas dan pihak berkaitan Australia bagi pastikan kestabilan bekalan tenaga - PM Anwar | Malaysia kekal teguh pendirian terhadap Palestin, hargai sokongan Australia terhadap bantuan kemanusiaan serta usaha penyelesaian secara aman - PM Anwar | Bank Rakyat umum bayar dividen 18 peratus berjumlah RM534.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 | Golden Destinations yang baru disenaraikan di Pasaran ACE, dibuka pada 49 sen iaitu premium empat sen daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) dengan 15 juta saham diniagakan  | 
Ad Banner

Malaysia Teliti Impak Ekonomi Susulan Serangan Israel, Amerika Ke Atas Iran – Menteri Ekonomi

Oleh Nur Fadhliana Shaari

JOHOR BAHRU, 28 Feb (Bernama) -- Kerajaan akan meneliti secara menyeluruh kesan terhadap ekonomi negara susulan serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata dari sudut ekonomi, terdapat beberapa perkara utama yang perlu diteliti, termasuk hubungan langsung Malaysia dengan Iran serta kesan ketegangan geopolitik terhadap ekonomi global.

Ad Banner

Beliau berkata dari sudut ekonomi, terdapat beberapa perkara utama yang perlu diteliti, termasuk hubungan langsung Malaysia dengan Iran serta kesan ketegangan geopolitik terhadap ekonomi global.

Katanya, masih terlalu awal untuk membuat telahan menyeluruh mengenai tahap gangguan ke atas ekosistem ekonomi dunia, namun perkembangan geopolitik itu tidak boleh dipandang ringan.

“Sudah pasti satu sudut penting yang akan dinilai ialah soal pengeluaran petrol dan gas kerana Iran memainkan peranan di peringkat rantau dan juga dunia.

Ad Banner
Ad Banner

“Selain itu, kita perlu melihat kesan berantai terhadap keseluruhan rantaian ekonomi global,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Kempen Seorang Sekampit Beras di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di sini hari ini.

Ketegangan di Timur Tengah meningkat apabila AS dan Israel melancarkan serangan pada Sabtu, dengan Israel menyifatkannya sebagai “serangan awal” terhadap musuh ketatnya bagi “menghapuskan ancaman”.

Serangan itu berlaku selepas AS meningkatkan kehadiran ketenteraannya secara besar-besaran di rantau tersebut bagi memberi tekanan kepada Tehran supaya mengurangkan program nuklearnya, serta tindakan keras terhadap protes besar-besaran di Iran.

Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata Malaysia tidak boleh mengambil mudah sebarang gangguan terhadap ekonomi dunia dan perlu terus memperkukuh daya tahan ekonomi domestik agar negara tidak terjejas sekiranya berlaku krisis antarabangsa.

Mengulas kemungkinan kenaikan harga minyak dan gas di pasaran dunia, beliau berkata perkara itu bergantung kepada mekanisme pasaran serta keputusan pengeluar utama minyak.

“Pengeluar-pengeluar utama mempunyai mekanisme tertentu dalam menguruskan soal pengeluaran dan harga. Malaysia juga terlibat dalam beberapa mekanisme tersebut.

“Justeru, perkembangan itu akan menjadi antara panduan bagaimana pasaran global menguruskan isu pengeluaran dan harga minyak,” katanya.

Terdahulu, Israel dan Amerika Syarikat hari ini melancarkan serangan terhadap Iran, sekali gus mencetuskan satu lagi episod ketegangan ketenteraan di Timur Tengah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam hantaran di Facebook menggesa supaya segala permusuhan dihentikan segera dan tanpa syarat susulan serangan terbaharu Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran, sambil memberi amaran bahawa ketegangan yang semakin memuncak boleh menjerumuskan Timur Tengah ke ambang malapetaka.

Beliau turut menyifatkan tindakan melancarkan serangan itu sebagai satu “cubaan keji” untuk menggagalkan rundingan yang sedang berlangsung serta mengheret negara lain ke dalam konflik yang berpotensi sukar dibendung.

-- BERNAMA