BERITA TERKINI   Gempa bumi 7.5 magnitud di Jepun: Loji nuklear Fukushima Daiichi, Daini tidak melaporkan sebarang keabnormalan - Kyodo | Gempa bumi 7.5 magnitud di Jepun: Loji nuklear Fukushima Daiichi, Daini tidak melaporkan sebarang keabnormalan - Kyodo | Jepun gantung perkhidmatan kereta api laju Tokyo-Aomori susulan gempa bumi 7.5 magnitud - lapor Kyodo | Magnitud gempa bumi di Jepun disemak semula kepada 7.5; tsunami dikesan di luar pesisir Iwate dan Aomori di Lautan Pasifik - lapor Kyodo | Gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud landa luar pesisir timur laut dan utara Jepun pada Isnin, amaran tsunami dikeluarkan, lapor media | 
Ad Banner

Google Perkenal Pengesahan Bagi Iklan Perkhidmatan Kewangan Di Malaysia Mulai 14 April, 2026

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Google memperkenalkan Pengesahan Perkhidmatan Kewangan (FSV), iaitu keperluan pensijilan baharu untuk pengiklan perkhidmatan kewangan yang bertujuan meningkatkan perlindungan kepada rakyat Malaysia daripada penipuan kewangan.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Google berkata FSV menambah lapisan keselamatan baharu kepada dasar perkhidmatan dan produk kewangan sedia ada dengan memastikan hanya penyedia perkhidmatan kewangan yang sah dan berlesen sahaja boleh menjangkau pengguna di Malaysia dan menayangkan iklan di platform Google.

“Bermula 14 April, 2026, pengiklan produk dan perkhidmatan kewangan terpilih dikehendaki melengkapkan proses pengesahan sebelum mereka boleh menyiarkan iklan di platform Google,” kata Google sambil menambah permohonan untuk pengesahan boleh dibuat melalui rakan pematuhan mereka, G2, bermula hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Google berkata sebagai sebahagian daripada proses pengesahan itu, pengiklan perkhidmatan kewangan perlu membuktikan bahawa mereka diberi kuasa oleh pihak berkuasa Malaysia seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA).

Merujuk data daripada Kementerian Dalam Negeri Malaysia, Google berkata penipuan kewangan semakin meningkat di Malaysia dengan kerugian akibat penipuan kewangan mencecah RM2.77 bilion pada 2025 sahaja.

Pengarah Urusan Negara Google Malaysia Ben King berkata penipu sentiasa mengubah taktik mereka bagi mengelak daripada dikesan.

Ad Banner
Ad Banner

“Itulah sebabnya kami sedang memperkukuh sistem pertahanan kami bagi memastikan hanya penyedia kewangan yang sah sahaja boleh menjangkau pengguna di Google,” katanya.

Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Abdul Karim Fakir Ali berkata inisiatif Google itu merupakan langkah kritikal dalam menghalang penipuan kewangan daripada menjangkaui rakyat Malaysia.

-- BERNAMA