BERITA TERKINI   Gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud landa luar pesisir timur laut dan utara Jepun pada Isnin, amaran tsunami dikeluarkan, lapor media | Gempa bumi berukuran 7.4 magnitud gegar timur laut dan utara Jepun - laporan | Kerajaan pertimbang pengecualian duti import dan cukai jualan bagi pengimportan semula barangan buatan Malaysia yang terjejas akibat konflik Asia Barat sehingga 31 Dis, 2026 - PM Anwar | PM Anwar umum tempoh peralihan tambahan selama 12 bulan bagi pelaksanaan e-Invois Fasa 4 sehingga 31 Dis, 2027 untuk perniagaan dengan jualan tahunan RM1 juta-RM5 juta | PM Anwar umum jaminan sebanyak RM5 bilion di bawah SJPP untuk sokong PMKS yang terjejas ekoran konflik Asia Barat | 
Ad Banner

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Disokong Harga Minyak Mentah, Jangkaan Eksport Positif

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, seiring kenaikan harga minyak mentah serta jangkaan eksport yang bertambah baik.

Pedagang Proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata harga minyak mentah yang melonjak berikutan konflik berterusan di Asia Barat telah menyokong harga minyak sawit.

Ad Banner
Ad Banner

“Pada masa sama, aktiviti pembelian dari India dan China juga meningkat susulan perang di Asia Barat serta daya saing harga minyak sawit berbanding minyak kacang soya di Lembaga Dagangan Chicago (CBOT).

“Kami mendapati paras sokongan pada RM4,500 satu tan dan paras rintangan pada RM4,780 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata eksport minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1 hingga 15 Mac 2026 menunjukkan peningkatan seperti yang diunjurkan oleh Intertek Testing Services (ITS).

Ad Banner
Ad Banner

“ITS menjangkakan eksport minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1 hingga 15 Mac sebanyak 926,602 tan, meningkat 43.51 peratus daripada angka bagi tempoh 1 hingga 15 Februari.

“Bagaimanapun, pembelian oleh negara destinasi masih tiada ekoran konflik di Asia Barat dan harga minyak sawit kini hampir setara dengan minyak kacang soya di pasaran destinasi utama,” katanya.

Pada akhir dagangan, kontrak bagi serahan pada April 2026 meningkat RM85 kepada RM4,624 satu tan, Mei 2026 naik RM91 kepada RM4,663 satu tan, manakala Jun 2026 menambah RM82 kepada RM4,654 satu tan.

Julai 2026 menokok RM68 kepada RM4,622 satu tan, Ogos 2026 naik RM60 kepada RM4,583 satu tan, manakala September 2026 meningkat RM65 kepada RM4,545 satu tan.

Jumlah dagangan susut kepada 99,715 lot daripada 133,307 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 230,714 kontrak daripada 225,355 kontrak.

Harga MSM fizikal baharu bagi April Selatan melonjak RM120 kepada RM4,620 satu tan daripada angka pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA