BERITA TERKINI   Kerajaan laksana penstrukturan semula kurikulum TVET tahun ini - TPM Ahmad Zahid | Kerajaan akan lancar TVET 2.0, tumpu industri berteknologi tinggi - TPM Ahmad Zahid | MB Terengganu Ahmad Samsuri dilantik sebagai Ketua Pembangkang - Setiausaha Agung PN | Hari Muzium Antarabangsa: 19 muzium dibuka percuma kepada rakyat Malaysia pada 18 Mei ini ⁠- Aaron | PM Anwar lancar Skim PADURI MADANI, dana RM230 juta untuk usahawan wanita B40 | 
Ad Banner
Ad Banner

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Menjelang Mesyuarat FOMC

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini ketika pasaran menunggu keputusan daripada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat berserta dengan penurunan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX).

Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata sentimen pasaran kekal berpandukan isyarat inflasi kerana ia terus menjejaki pergerakan harga minyak mentah untuk mendapatkan panduan.

Ad Banner
Ad Banner

“Cabarannya adalah fungsi tindak balas Rizab Persekutuan (Fed) masih sukar untuk ditentukan di sini menyebabkan emas tersekat dalam corak menunggu antara kebimbangan inflasi dan ketidaktentuan dasar,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2026 turun sedikit kepada US$5,003.50 setiap auns troy daripada US$5,026.90 pada Selasa, April 2026 menyusut kepada US$5,022.90 setiap auns troy daripada US$5,046.30 semalam manakala Mei 2026 merosot kepada US$5,044.20 setiap auns troy daripada US$5,067.60 sebelumnya.

Kontrak Jun, Ogos dan September 2026 juga ditutup lebih rendah pada US$5,078.10 setiap auns troy daripada US$5,101.50 pada Selasa.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan menurun kepada sembilan lot daripada 35 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 62 kontrak daripada 105 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal ditetapkan pada US$5,016.80 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 17 Mac, 2026.

-- BERNAMA