BERITA TERKINI   PM jamin kontraktor kecil berprestasi baik akan diberi lebih banyak kontrak untuk berkembang | Peruntukan perolehan kerja untuk Kementerian Pendidikan dinaikkan daripada RM400 juta kepada RM900 juta - PM Anwar | Guru jadi pempengaruh media sosial perlu jaga adab, hujah berlandaskan fakta - PM Anwar | BN umum tanding di semua 56 kerusi DUN pada pilihan raya negeri Johor akan datang - Onn Hafiz | Guru pempengaruh media sosial perlu jaga adab, hujah berlandaskan fakta - PM Anwar | 
Ad Banner
Ad Banner

Niaga Hadapan Emas Merosot Susulan Kebimbangan Peningkatan Konflik Asia Barat

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives merosot pada Khamis susulan peningkatan kebimbangan bahawa Amerika Syarikat (AS) mungkin merancang operasi taktikal amfibia berhampiran Pulau Kharg, sebuah hab utama bagi eksport minyak mentah Iran.

Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata harga emas susut daripada sekitar US$4,950 semalaman kepada hampir US$4,450 dalam dagangan Asia, satu pergerakan yang mungkin kelihatan bertentangan dengan jangkaan berikutan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Asia Barat.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata sebarang gangguan terhadap eksport minyak dari Pulau Kharg boleh menyebabkan kejutan bekalan yang ketara kepada pasaran minyak global.

“Bagaimanapun, penurunan ini mencerminkan dinamika pasaran yang lebih luas dan bukannya kegagalan peranan emas sebagai aset selamat,” katanya kepada Bernama.

Innes menjelaskan bahawa pasaran kini semakin memberi tumpuan kepada kesan inflasi akibat harga tenaga yang lebih tinggi dalam persekitaran semasa.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata kenaikan harga minyak cenderung mendorong hasil bon global meningkat dan memperkukuh dolar AS yang kedua-duanya mewujudkan tekanan terhadap emas dalam jangka pendek.

Di samping itu, beliau berkata tempoh penetapan semula harga pasaran yang pesat sering mencetuskan pengurangan portfolio.

“Emas, sebagai satu daripada aset yang paling mudah tunai sering dijual bagi mendapatkan tunai dalam tempoh sebegini, walaupun risiko geopolitik sedang meningkat.

“Ia bertindak balas terhadap kesan berantai iaitu harga minyak yang lebih tinggi, hasil bon yang meningkat dan mudah tunai dolar lebih ketat yang kini mendominasi pergerakan harga,” katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2026 susut kepada US$4,440.2 setiap auns troy daripada US$4,566.8 pada Rabu, April 2026 menurun kepada US$4,460.2 setiap auns troy daripada US$4,586.9 manakala Mei 2026 berkurangan kepada US$4,480.2 setiap auns troy daripada US$4,607.6 sebelumnya.

Kontrak Jun, Ogos dan September 2026 juga ditutup lebih rendah pada US$4,514.1 setiap auns troy daripada US$4,641.5 semalam.

Jumlah dagangan merosot kepada sembilan lot daripada 20 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 75 kontrak daripada 86 kontrak.

Emas fizikal ditetapkan pada US$4,564.55 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 25 Mac, 2026.

-- BERNAMA