BERITA TERKINI   Guru jadi pempengaruh media sosial perlu jaga adab, hujah berlandaskan fakta - PM Anwar | BN umum tanding di semua 56 kerusi DUN pada pilihan raya negeri Johor akan datang - Onn Hafiz | Guru pempengaruh media sosial perlu jaga adab, hujah berlandaskan fakta - PM Anwar | Kerajaan laksana penstrukturan semula kurikulum TVET tahun ini - TPM Ahmad Zahid | Kerajaan akan lancar TVET 2.0, tumpu industri berteknologi tinggi - TPM Ahmad Zahid | 
Ad Banner
Ad Banner

Perbadanan Labuan Pelawa Cadangan Pelaburan Bagi Lapan Aset Utama

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 28 Mac (Bernama) -- Perbadanan Labuan (LC) mengemukakan permohonan cadangan (RFP) kepada pelabur tempatan dan asing bagi pemajakan dan pembangunan lapan aset miliknya termasuk tapak bekas Hotel Labuan yang dirobohkan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LC Rithuan Ismail berkata borang tawaran pemajakan itu boleh diperoleh daripada portal pihak berkuasa tempatan itu yang dibuka sejak 19 Mac hingga 19 Mei 2026.

Ad Banner
Ad Banner

“Pemajakan lapan aset ini adalah untuk tujuan komersial, termasuk pembangunan komersial bercampur dan berkaitan pelancongan.

“Kami mempelawa pelabur tempatan dan asing untuk membentangkan model perniagaan dan cadangan pelaburan mereka untuk aset strategik ini.

“Kami mahu mentransformasikan Labuan kepada ekonomi yang rancak serta menyokong pelbagai aktiviti ekonomi dengan menggalakkan keselamatan ekonomi dan menyediakan akses kepada pekerjaan yang menawarkan gaji mencukupi dan peluang ekonomi meluas, termasuk lebih banyak penglibatan di pasaran buruh,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata aset yang ditawarkan untuk pemajakan merangkumi Pulau Papan, tapak bekas Hotel Labuan yang bersesuaian untuk hotel lima bintang atau pusat konvensyen antarabangsa, bangunan Kompleks Hab Halal Labuan, tiga lot di pasar lama dan Pulau Rusukan Besar.

Selain itu, hab industri dan logistik di Jalan Tuanku Shariff Kedah, dua lot di Jalan Dewan bagi pembangunan komersial, pejabat atau projek bercampur, serta tanah komersial utama di Jalan OKK Abdullah.

Rithuan berkata inisiatif itu mencerminkan usaha berterusan LC untuk memanfaatkan nilai aset strategik dan pada masa sama menarik pelaburan berkualiti bagi memacu pertumbuhan ekonomi Labuan.

-- BERNAMA