BERITA TERKINI   Kerajaan laksana penstrukturan semula kurikulum TVET tahun ini - TPM Ahmad Zahid | Kerajaan akan lancar TVET 2.0, tumpu industri berteknologi tinggi - TPM Ahmad Zahid | MB Terengganu Ahmad Samsuri dilantik sebagai Ketua Pembangkang - Setiausaha Agung PN | Hari Muzium Antarabangsa: 19 muzium dibuka percuma kepada rakyat Malaysia pada 18 Mei ini ⁠- Aaron | PM Anwar lancar Skim PADURI MADANI, dana RM230 juta untuk usahawan wanita B40 | 
Ad Banner
Ad Banner

Daniel Doughty Dipilih Semula Sebagai Pengerusi CILTM Sabah

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 28 Mac (Bernama) -- Daniel Doughty dipilih semula sebagai Pengerusi Institut Logistik dan Pengangkutan Berkanun Malaysia (CILTM) Cawangan Sabah pada mesyuarat agung tahunan (AGM) 2025, mencerminkan keyakinan berterusan terhadap kepimpinannya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Mohd Faizal Malik turut mengekalkan jawatannya.

Ad Banner
Ad Banner

Mesyuarat agung yang diadakan di Kota Kinabalu itu turut mengesahkan pelantikan Azrahwani E. Sabin sebagai setiausaha dan Karen Rachel Sugai sebagai bendahari, bersama ahli jawatankuasa eksekutif Rose Wong, Oscar Gilbert George Francis dan Shahrul Safwan Najwan Faisyal.

Timbalan Presiden CILT Malaysia, Zawiah Abdul Majid turut hadir pada AGM berkenaan.

Zawiah berkata CILTM Sabah aktif berinteraksi dengan pihak berkepentingan serta menyumbang kepada perbincangan mengenai pembangunan logistik dan pengangkutan di negeri ini, termasuk memperjuangkan penyelarasan yang lebih baik dalam kerangka pengangkutan Sabah.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Cawangan Sabah katanya,  turut memainkan peranan dalam memperkukuh penglibatan industri dan wacana dasar.

“CILTM Sabah menunjukkan kerelevanan serta penglibatan konsisten dalam isu industri, sekali gus menyumbang kepada perkembangan berterusan dalam sektor pengangkutan,” kata beliau.

-- BERNAMA