BERITA TERKINI   Kaedah IBS projek Sekolah Angkat MADANI percepat pembinaan, jimat kos hingga 30 peratus - Amir Hamzah | Menteri Kewangan akan bertemu Sultan Pahang perjelas isu peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Pahang - Amir Hamzah | Rafizi dan Nik Nazmi umum keluar PKR, kosongkan kerusi Parlimen masing-masing berkuat kuasa esok | PM Anwar beri amaran agar tiada pihak cuba ugut, khianati kerjasama politik | PH tidak pernah menghasut, mengkhianati rakan dalam Kerajaan Perpaduan - PM Anwar | 
Ad Banner
Ad Banner

Anwar: Prestasi Ekonomi 2025 Bukti Dasar Kerajaan Berkesan

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama)-- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan ekonomi Malaysia yang positif merupakan cerminan kepada petanda bahawa dasar yang dilaksanakan kerajaan berada di landasan yang tepat. 

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata ini dapat dilihat menerusi Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2025 yang diterbitkan hari ini yang memperlihatkan asas ekonomi negara yang kukuh dan berdaya tahan serta tatakelola yang baik. 

"Ekonomi negara berjaya mencatat pertumbuhan  sebanyak 5.2 peratus pada 2025 didokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan. 

Ad Banner
Ad Banner

"Kadar inflasi pada 1.4 peratus adalah yang terendah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini," katanya menerusi laman X.

Pada masa yang sama, Anwar berkata pertumbuhan ekonomi bagi 2026 pula diunjurkan berkembang antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus, manakala inflasi keseluruhan pada tahun ini dijangka kekal sederhana dengan diunjurkan sekitar 1.5 peratus hingga 2.5 peratus. 

Beliau berkata dalam situasi konflik di Asia Barat yang memberi tekanan kepada harga komoditi dan rantaian bekalan, Malaysia tetap menghadapi cabaran global ini dengan kesiapsiagaan yang mapan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"InsyaAllah dengan sistem kewangan yang mempunyai berdaya tahan, kita akan terus mengimbangi pertumbuhan ekonomi dan melindungi rakyat," katanya.

--BERNAMA