BERITA TERKINI   Rafizi dan Nik Nazmi umum keluar PKR, kosongkan kerusi Parlimen masing-masing berkuat kuasa esok | PM Anwar beri amaran agar tiada pihak cuba ugut, khianati kerjasama politik | PH tidak pernah menghasut, mengkhianati rakan dalam Kerajaan Perpaduan - PM Anwar | PM Anwar sahkan PH akan tanding dikesemua 56 kerusi DUN Johor dan 36 DUN di Negeri Sembilan | Lebih 80 peratus daripada 10,944 pelajar UEC duduki SPM dalam tempoh lima tahun lepas - Anthony Loke | 
Ad Banner
Ad Banner

Pasaran Getah Terus Catat Kenaikan Pada Penutup Dagangan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan momentum kenaikannya untuk ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh peningkatan niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah yang tinggi dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS, kata peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat hari ini, mencapai paras tertinggi dalam tempoh satu tahun setengah apabila sentimen pasaran disokong oleh harapan ketegangan Asia Barat akan mereda dalam kebimbangan berterusan mengenai bekalan bahan mentah yang terhad di negara-negara pengeluar getah asli.

Ad Banner
Ad Banner

“Bagaimanapun, kenaikan dikekang oleh prospek pertumbuhan global yang lembap, inflasi yang lebih tinggi, data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan langkah berhati-hati yang berterusan terhadap konflik Asia Barat,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata harga minyak meningkat dalam dagangan Asia apabila pelabur memberi tumpuan kepada kemungkinan konflik di Asia Barat meningkat, menjelang tarikh akhir berkaitan Selat Hormuz yang ditetapkan oleh Presiden AS Donald Trump.

“Pasaran mengambil kira kemungkinan perang berakhir atau kemajuan ke arah gencatan senjata, yang boleh meredakan kebimbangan mengenai inflasi dan pertumbuhan ekonomi serta menyokong permintaan,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Setakat ini, harga minyak mentah Brent meningkat 0.16 peratus kepada US$109.95 setong.

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat 10.5 sen kepada 840.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 10 sen kepada 746.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA