BERITA TERKINI   Keputusan BN dan PH untuk bertanding di 56 kerusi DUN di PRN Johor tidak akan jejaskan kerjasama Kerajaan Perpaduan - Fahmi | Jabatan Wilayah Persekutuan salur bantuan kewangan sehingga RM3,000 kepada keluarga terjejas akibat ribut di Kampung Tanjung Aru, Labuan | PH Johor akan tanding semua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang - Aminolhuda Hasan | 
Ad Banner
Ad Banner

Dana Asing Catat Aliran Masuk Bersih RM470.3 Juta

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan pembelian bersih mereka kepada tiga minggu berturut-turut, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM470.3 juta, kata MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Dalam laporan aliran dananya untuk minggu berakhir 10 April 2026, bank pelaburan itu berkata pelabur asing di Bursa Malaysia adalah pembeli bersih pada empat daripada lima hari dagangan sepanjang minggu dengan aliran masuk terbesar direkodkan pada hari Rabu sebanyak RM161.8 juta.

Aliran masuk seterusnya diikuti pada Selasa (RM161.3 juta), Khamis (RM122.2 juta) dan Jumaat (RM69.7 juta).

Ad Banner
Ad Banner

“Tiga sektor utama mencatatkan aliran masuk asing bersih ialah perladangan (RM230.7 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (RM204.0 juta) serta perkhidmatan kewangan (RM130.0 juta),” katanya.

MBSB IB berkata peruncit kembali kepada pembelian bersih, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM189.2 juta tetapi institusi tempatan melanjutkan jualan bersih mereka kepada tiga minggu berturut-turut, mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM659.4 juta.

Purata jumlah dagangan harian menyaksikan penurunan meluas dengan peruncit turun 21.6 peratus, institusi tempatan susut sebanyak 23 peratus dan pelabur asing menyaksikan penurunan sebanyak 29.6 peratus.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bank pelaburan itu berkata merentasi lapan pasaran dipantau, pelabur asing menamatkan rjualan bersih mereka kepada tujuh minggu berturut-turut, didahului oleh India, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Bagaimanapun, Malaysia adalah antara pasaran mencatatkan aliran masuk bersih bersama Taiwan, Korea Selatan dan Thailand dengan gabungan aktiviti pembelian bersih daripada empat pasaran berjumlah US$6.52 bilion.

Taiwan menamatkan jualan bersih selama lima minggu berturut-turut dengan mencatatkan aliran masuk asing bersih sebanyak US$6.16 bilion, dalam persekitaran tekanan inflasi yang semakin mereda dengan indeks harga pengguna (IHP) menyederhana kepada 1.2 peratus tahun ke tahun pada Mac 2026, meskipun harga tenaga global meningkat.

Di Korea Selatan, pelabur asing mencatatkan aliran masuk sebanyak US$3.45 bilion, apabila bank pusat mengekalkan kadar pada 2.5 peratus pada April 2026 untuk mesyuarat ketujuh berturut-turut, mengekalkan pendirian berhati-hati di tengah-tengah ketidakpastian yang semakin memuncak.

Thailand kembali kepada pembelian bersih, mencatatkan aliran masuk asing bersih sebanyak US$226.9 juta dalam persekitaran inflasi yang berterusan lemah dengan IHP utama kekal dalam deflasi (-0.08 peratus y-o-y) pada Mac 2026, menandakan penurunan harga selama setahun, walaupun kadarnya turun dari Februari.

-- BERNAMA