BERITA TERKINI   Keputusan BN dan PH untuk bertanding di 56 kerusi DUN di PRN Johor tidak akan jejaskan kerjasama Kerajaan Perpaduan - Fahmi | Jabatan Wilayah Persekutuan salur bantuan kewangan sehingga RM3,000 kepada keluarga terjejas akibat ribut di Kampung Tanjung Aru, Labuan | PH Johor akan tanding semua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang - Aminolhuda Hasan | 
Ad Banner
Ad Banner

Taiwan Smart Solutions Connect 2026 Dijadual Berlangsung Pada 12 Mei

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Taiwan Smart Solutions Connect 2026, anjuran Pentadbiran Perdagangan Antarabangsa Taiwan (TITA) dan Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) dengan kerjasama Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) akan berlangsung pada 12 Mei, 2026.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh TAITRA, acara itu akan diadakan di Hotel Four Seasons Kuala Lumpur, bakal menghimpunkan lebih 20 syarikat teknologi Taiwan untuk mempamerkan penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang terbukti melalui forum, pameran teknologi dan sesi padanan perniagaan eksklusif secara bersemuka.

Acara itu juga akan menyediakan platform untuk memperkukuh libat urus perniagaan dan memupuk kerjasama lebih erat antara Taiwan dan Malaysia.

Ad Banner
Ad Banner

“Acara ini akan menampilkan empat sektor utama, iaitu pembuatan pintar dan AI perindustrian; bandar pintar dan tenaga lestari; transformasi digital dan AI perusahaan; serta penjagaan kesihatan dan kesejahteraan pintar yang sejajar dengan inisiatif MyDIGITAL Malaysia dan pelan tindakan Industri 4.0, menyokong usaha untuk mempercepat pendigitalan dan meningkatkan kecekapan operasi,” menurut kenyataan itu.

Forum "Masa Depan Berasaskan AI" itu akan menampilkan beberapa penceramah, antaranya Presiden FMM Jacob Lee Chor Kok yang akan berkongsi pandangan mengenai Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) Malaysia serta pembangunan Industri 4.0 termasuk cabaran utama dan strategi bagi pendigitalan berbilang tapak.

Ketua Jualan Automasi Perindustrian Delta Electronics Solutions (Malaysia) Quah Soon Kooi akan membentangkan kajian kes mengenai AI dan automasi dalam pembuatan termasuk pengurusan tenaga dan aplikasi pengeluaran pintar.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Acara itu berfungsi sebagai platform perniagaan sehenti, menggabungkan pertukaran ilmu, pameran teknologi serta padanan perniagaan bersasar.

Mesyuarat secara bersemuka akan diadakan sejurus selepas forum berakhir bagi membolehkan syarikat-syarikat Malaysia berhubung secara langsung dengan penyedia penyelesaian dari Taiwan serta meneroka potensi kerjasama.

Pendaftaran kini dibuka untuk syarikat-syarikat Malaysia yang berminat untuk mengguna pakai teknologi pintar atau mengembangkan peluang perniagaan melalui laman web rasmi: https://sites.google.com/view/twsmarttech-my-2026/home, dengan kekosongan adalah terhad.

-- BERNAMA