BERITA TERKINI   Keputusan BN dan PH untuk bertanding di 56 kerusi DUN di PRN Johor tidak akan jejaskan kerjasama Kerajaan Perpaduan - Fahmi | Jabatan Wilayah Persekutuan salur bantuan kewangan sehingga RM3,000 kepada keluarga terjejas akibat ribut di Kampung Tanjung Aru, Labuan | PH Johor akan tanding semua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang - Aminolhuda Hasan | 
Ad Banner
Ad Banner

Unit ISF Group, Yeo Plumber Raih Kontrak Kediaman Dan Pusat Bernilai RM22.48 Juta

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- ISF Group Bhd, penyedia penyelesaian perpaipan hujung ke hujung melalui anak syarikat milik penuhnya, Yeo Plumber Sdn Bhd meraih empat kontrak baharu khususnya untuk projek kediaman dan pusat data yang bernilai RM22.48 juta.

Syarikat itu memaklumkan skop kerja melibatkan pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian, pentauliahan dan penyelenggaraan perkhidmatan air sejuk serta paip sanitari.

Pengarah Urusan ISF Jeff Ai Boon Chen berkata kontrak yang diraih itu memperkukuhkan lagi kedudukan syarikat dalam segmen yang mempunyai permintaan berterusan.

Ad Banner
Ad Banner

“Walaupun kemajuan kami dalam projek-projek pusat data amat menggalakkan dengan keperluan teknikal dan standard pelaksanaan yang lebih tinggi, kami terus memperoleh projek daripada pangkalan pelanggan yang pelbagai, termasuk pembangunan kediaman dan perindustrian.

"Memandangkan infrastruktur digital Malaysia terus berkembang, kami melihat banyak peluang yang tersedia. Walaupun kami kekal berwaspada terhadap ketidaktentuan ekonomi, kami akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dalam memilih projek dan menguruskan kos," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata ini akan membolehkan ISF mengekalkan margin keuntungan sambil membina nilai perolehan kontrak yang lebih berdaya tahan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Berikutan pemberian kontrak itu, nilai perolehan kontrak ISF yang belum dibilkan telah meningkat kepada RM148.1 juta.

“Sumbangan yang semakin meningkat daripada projek-projek berkaitan pusat data menyerlahkan keupayaan kumpulan untuk mendapatkan tugasan yang memerlukan kemahiran teknikal tinggi,” katanya.

-- BERNAMA