BERITA TERKINI   Jabatan Wilayah Persekutuan salur bantuan kewangan sehingga RM3,000 kepada keluarga terjejas akibat ribut di Kampung Tanjung Aru, Labuan | PH Johor akan tanding semua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang - Aminolhuda Hasan | 
Ad Banner
Ad Banner

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi, Seiring Pasaran Tunai Yang Lebih Kukuh

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa seiring dengan pengukuhan pasaran tunai pendasar.

Kontrak April 2026 naik 2.0 mata kepada 1,687.0 manakala Mei 2026 dan September 2026 masing-masing meningkat 2.5 mata kepada 1,688.0 dan 1,668.0 sementara Jun 2026 menambah 3.0 mata kepada 1,688.0.

Jumlah dagangan berkembang kepada 8,207 lot daripada 7,293 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 40,729 kontrak daripada 40,125 kontrak sebelumnya.

Ad Banner
Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 7.60 mata atau 0.45 peratus kepada 1,688.12 daripada 1,680.52 ketika ditutup pada Isnin.

-- BERNAMA


 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner