BERITA TERKINI   Jabatan Wilayah Persekutuan salur bantuan kewangan sehingga RM3,000 kepada keluarga terjejas akibat ribut di Kampung Tanjung Aru, Labuan | PH Johor akan tanding semua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang - Aminolhuda Hasan | 
Ad Banner
Ad Banner

Soh Thian Lai Dilantik Sebagai Pengerusi EABC Malaysia — FMM

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) hari ini mengumumkan bahawa Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah melantik Tan Sri Dr Soh Thian Lai sebagai Pengerusi Majlis Perniagaan Asia Timur (EABC) Malaysia.

Presiden FMM Jacob Lee Chor Kok berkata pelantikan itu mengukuhkan perwakilan Malaysia dalam penglibatan serantau merentasi ekonomi ASEAN+3 selain memposisikan negara dalam membentuk keutamaan ekonomi serantau dan memajukan integrasi dipacu perniagaan di bawah rangka kerja utama termasuk Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

“Banyak perniagaan sedang menghadapi ketidaktentuan geopolitik, gangguan rantaian bekalan dan tekanan kos yang semakin bertambah.

Ad Banner
Ad Banner

“Input industri yang kukuh dan diselaraskan melalui platform seperti EABC kekal penting untuk menyokong kerajaan dalam menyampaikan respons dasar yang tepat pada masanya dan berkesan,” katanya melalui satu kenyataan hari ini. 

EABC telah ditubuhkan pada 2003 berikutan cadangan oleh Kumpulan Kajian Asia Timur dan diterima oleh pemimpin ASEAN+3, ia berfungsi sebagai platform rasmi yang mewakili pandangan industri dalam memajukan kerjasama ekonomi serantau merentasi 13 ekonomi yang terdiri daripada ASEAN, China, Jepun, dan Korea Selatan.

Setiap ekonomi mencalonkan tiga wakil, memberikan input seimbang di seluruh rantau.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Soh menggantikan Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Emeritus dan Penasihat Kehormat AmBank Group, yang telah berkhidmat sebagai pengerusi pengasas EABC dan pengerusi EABC Malaysia sejak 2003.

-- BERNAMA