BERITA TERKINI   3,000 Kad Komuter MADANI Shuttle Selatan bernilai RM50 diagihkan percuma kepada rakyat Johor, galak guna pengangkutan awam - Anthony Loke | Laluan KTM Shuttle Selatan akan diperluas dari Paloh ke Kulai, tiga stesen baharu dibuka di Pasir Gudang dan Johor Bahru - Anthony Loke | Ahli IKRAM didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 158 pertuduhan guna kedudukan untuk memperoleh suapan RM98.27 juta | MIC sah bertanding empat kerusi di PRN Johor, jumlah kerusi di Negeri Sembilan masih dalam perbincangan - Naib Presiden | Permindahan TERAJU ke bawah Jabatan Perdana Menteri membuka peluang luas untuk agensi itu merealisasikan agenda PuTERA35 - Akmal Nasrullah | 

ASEAN Mungkin Libatkan Sektor Swasta Dalam Rangka Kerja Simpanan Stok Minyak - Johari

Daripada Niam Seet Wei

CEBU (Filipina) 7 Mei (Bernama) -- ASEAN mungkin mempertimbangkan untuk melibatkan sektor swasta bagi membantu merealisasikan rangka kerja simpanan stok minyak yang baru dicadangkan bertujuan memperkukuh keselamatan tenaga dan kesiapsiagaan rantau ini dalam tempoh jangka panjang.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata idea mengenai rangka kerja simpanan stok minyak itu dibangkitkan dalam satu daripada mesyuarat ASEAN yang dihadirinya hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

“Saya tidak fikir kerajaan (sahaja) dapat melaksanakannya. Jika kita mahu melaksanakannya, kita perlu melibatkan sektor swasta.

“Mungkin dalam kalangan 11 negara anggota ASEAN, kita perlu mulakan dengan tiga atau empat negara yang bersetuju dengan idea ini,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN ke-27 dan Mesyuarat Bersama Menteri-Menteri Luar dan Ekonomi ASEAN di sini pada Khamis.

Johari berkata rangka kerja yang dicadangkan itu, apabila dimuktamadkan akan membolehkan semua negara anggota ASEAN mengakses simpanan stok tersebut dan menarik lebih banyak pelaburan ke dalam sektor tenaga pada masa depan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau memaklumkan bahawa perbincangan pada mesyuarat hari ini tertumpu pada perang Amerika Syarikat (AS)-Israel-Iran dan tarif AS, kedua-duanya memberi impak kepada hampir semua negara ASEAN termasuk Malaysia.

“Mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) Malaysia-AS, saya percaya terdapat kemajuan. Sementara kita menunggu pemuktamadan ART ini, perang yang berterusan menyebabkan kerosakan yang ketara kepada hampir semua ekonomi,” katanya.

-- BERNAMA