BERITA TERKINI   Laluan KTM Shuttle Selatan akan diperluas dari Paloh ke Kulai, tiga stesen baharu dibuka di Pasir Gudang dan Johor Bahru - Anthony Loke | Ahli IKRAM didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 158 pertuduhan guna kedudukan untuk memperoleh suapan RM98.27 juta | MIC sah bertanding empat kerusi di PRN Johor, jumlah kerusi di Negeri Sembilan masih dalam perbincangan - Naib Presiden | Permindahan TERAJU ke bawah Jabatan Perdana Menteri membuka peluang luas untuk agensi itu merealisasikan agenda PuTERA35 - Akmal Nasrullah | Tambang ECRL tular hanya spekulasi, kadar sebenar belum dimuktamadkan - MRL | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, menjejaki kejatuhan dalam harga minyak mentah dan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

Harga minyak mentah Brent dilaporkan menyusut sebanyak 3.34 peratus kepada US$97.54 setong.

Ad Banner
Ad Banner

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata berita mengenai potensi gencatan senjata dalam krisis Asia Barat telah mendorong harga tenaga menjadi lebih rendah, yang seterusnya menjejaskan harga MSM.

“Kami melihat harga disokong melebihi paras RM4,480 dan rintangan pada RM4,600,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan, kontrak Mei 2026 dan Oktober 2026 merosot RM36 setiap satu kepada RM4,491 serta RM4,556 satu tan, manakala Jun 2026 turun RM40 kepada RM4,507.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Kontrak Julai 2026 adalah lebih rendah sebanyak RM38 kepada RM4,541 satu tan, Ogos 2026 menyaksikan kejatuhan kepada RM4,555 dan September menyusut RM35 kepada RM4,558.

Jumlah dagangan turun kepada 90,258 lot daripada 113,819 lot yang dicatatkan pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 283,723 kontrak berbanding 281,781 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi Selatan Mei melemah sebanyak RM40 kepada RM4,550 satu tan.

-- BERNAMA