BERITA TERKINI   Tanggungan subsidi kerajaan bagi RON95 dan diesel berdasarkan harga pasaran semasa masih diunjurkan tinggi, iaitu RM3.5 bilion sebulan - MOF | Pasaran petroleum global pamer trend lebih stabil namun masih dipengaruhi ketidaktentuan bekalan fizikal, tahap inventori global dan permintaan bermusim di beberapa rantau utama dunia - MOF | Subsidi RON95 diunjurkan sekitar RM2 bilion sebulan, manakala subsidi diesel pula kira-kira RM1.5 bilion sebulan - MOF | Malaysia mahu perkukuh kerjasama dengan kerajaan dan syarikat Jepun bagi pembangunan masa depan dalam teknologi tinggi dan AI - PM Anwar | Kerjasama tenaga Petronas-JERA bersifat strategik dan memberi manfaat jangka panjang kepada Malaysia dan Jepun - PM Anwar | 
Ad Banner

Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Didorong Kenaikan Harga Minyak Mentah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Pasaran getah ditutup tinggi pada Jumaat, didorong harga penanda aras minyak mentah yang lebih kukuh serta kebimbangan terhadap kekurangan bekalan susulan gangguan cuaca hujan di negara pengeluar utama, kata peniaga.

Ketika laporan ini dibuat, harga minyak mentah Brent meningkat 0.19 peratus kepada US$100.19 setong.

Ad Banner
Ad Banner

Peniaga berkata sentimen pasaran turut didorong oleh kenaikan yang dialami niaga hadapan getah Shanghai serta keyakinan terhadap prospek eksport China, menjelang Sidang Kemuncak ASEAN akan datang.

“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bercampur-campur, ketidaktentuan geopolitik berterusan di Asia Barat, serta pendirian berhati-hati terhadap dasar perdagangan dan tarif AS,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meneruskan kenaikan pada Jumaat dan berada di landasan untuk merekodkan kenaikan mingguan ketiga berturut-turut, disokong oleh harga fizikal Thailand yang lebih kukuh ekoran kebimbangan bekalan berkaitan cuaca.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada masa sama, harga getah dijangka terus disokong oleh kemungkinan kekurangan bekalan berikutan ribut dan banjir mengancam tanaman di Thailand sebagai pengeluar utama, katanya.

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 meningkat 2.5 sen kepada 882.50 sen sekilogram, iaitu paras tertinggi sejak 26 Ma,  2025, manakala lateks pukal naik enam sen kepada 756 sen sekilogram.

-- BERNAMA