BERITA TERKINI   Tanggungan subsidi kerajaan bagi RON95 dan diesel berdasarkan harga pasaran semasa masih diunjurkan tinggi, iaitu RM3.5 bilion sebulan - MOF | Pasaran petroleum global pamer trend lebih stabil namun masih dipengaruhi ketidaktentuan bekalan fizikal, tahap inventori global dan permintaan bermusim di beberapa rantau utama dunia - MOF | Subsidi RON95 diunjurkan sekitar RM2 bilion sebulan, manakala subsidi diesel pula kira-kira RM1.5 bilion sebulan - MOF | Malaysia mahu perkukuh kerjasama dengan kerajaan dan syarikat Jepun bagi pembangunan masa depan dalam teknologi tinggi dan AI - PM Anwar | Kerjasama tenaga Petronas-JERA bersifat strategik dan memberi manfaat jangka panjang kepada Malaysia dan Jepun - PM Anwar | 
Ad Banner

Niaga Hadapan KLCI Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati dan terikat dalam julat harga tertentu pada minggu depan.

Ini berikutan pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik yang berterusan.

Ad Banner
Ad Banner

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata hala tuju pasaran berkemungkinan terus dipengaruhi oleh perkembangan berkaitan konflik Amerika Syarikat-Iran, pergerakan harga minyak mentah serta sentimen pasaran luaran.

"Buat masa ini, kami menjangkakan indeks petunjuk pasaran akan berlegar-legar dalam julat 1,720-1,760 minggu depan dengan potensi kenaikan dan penurunan berkemungkinan kekal terhad melainkan terdapat keputusan geopolitik yang lebih jelas," katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baru berakhir, kontrak niaga hadapan FBM KLCI diniagakan sebahagian besarnya lebih tinggi seiring dengan pasaran tunai.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Berdasarkan perbandingan Khamis ke Jumaat, kontrak Mei 2026 meningkat 30.5 mata kepada 1,749.5, kontrak Jun 2026 melonjak 29.5 mata kepada 1,749.0, kontrak September 2026 berkembang 11 mata kepada 1,729.5 dan kontrak Disember 2026 bertambah 31 mata kepada 1,732.0.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 39,516 lot daripada 190,023 lot pada minggu lepas manakala kepentingan terbuka merosot kepada 38,616 kontrak daripada 43,924 kontrak ketika ditutup pada minggu sebelumnya.

FBM KLCI mengakhiri minggu ini dengan 26.04 mata lebih baik kepada 1,748.06 daripada 1,722.02 pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA