BERITA TERKINI   Tanggungan subsidi kerajaan bagi RON95 dan diesel berdasarkan harga pasaran semasa masih diunjurkan tinggi, iaitu RM3.5 bilion sebulan - MOF | Pasaran petroleum global pamer trend lebih stabil namun masih dipengaruhi ketidaktentuan bekalan fizikal, tahap inventori global dan permintaan bermusim di beberapa rantau utama dunia - MOF | Subsidi RON95 diunjurkan sekitar RM2 bilion sebulan, manakala subsidi diesel pula kira-kira RM1.5 bilion sebulan - MOF | Malaysia mahu perkukuh kerjasama dengan kerajaan dan syarikat Jepun bagi pembangunan masa depan dalam teknologi tinggi dan AI - PM Anwar | Kerjasama tenaga Petronas-JERA bersifat strategik dan memberi manfaat jangka panjang kepada Malaysia dan Jepun - PM Anwar | 
Ad Banner

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur, Seiring Niaga Hadapan Getah Serantau

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa, seiring prestasi niaga hadapan getah serantau dan peningkatan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun diniagakan dalam julat terhad hari ini berikutan ketidaktentuan bekalan daripada pengeluar utama, Thailand, apabila pokok getah di negara itu menghampiri musim kemuncak di tengah-tengah hujan lebat yang menggangu aktiviti penorehan.  

Ad Banner
Ad Banner

“Agensi meteorologi Thailand memberi amaran mengenai hujan lebat dan banjir kilat di selatan negara itu yang melibatkan lokasi utama ladang getah sepanjang minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Harga minyak meningkat apabila rundingan bagi menyelesaikan konflik Amerika Syarikat-Israel berkaitan Iran dilihat lemah.

Sementara itu, reaksi Tehran terhadap cadangan Washington turut menunjukkan perbezaan ketara yang terus mencetuskan kebimbangan terhadap bekalan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Ketika ini harga minyak mentah Brent meningkat 2.48 peratus kepada US$106.80 setong.

Beliau berkata kebimbangan ekonomi susulan konflik Asia Barat terus mempengaruhi sentimen pasaran.

“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh optimisme terhadap rundingan perdagangan AS-China,” katanya.

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia (SMR) 20 susut 2.5 sen kepada 879.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik lima sen kepada 755.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA