BERITA TERKINI   Manifesto PH Negeri Sembilan mampu dilaksana, bukan sekadar janji politik - Aminuddin | PRN NS: PH lancar manifesto tema 'Negeri Sembilan Kekal Harapan', garis 10 komitmen utama - Aminuddin | Aminuddin berhasrat jadikan Negeri Sembilan sebagai koridor pembangunan baharu yang strategik | PH bawa rekod pencapaian untuk dinilai rakyat pada PRN Negeri Sembilan - Aminuddin | 

Konflik Asia Barat Jejas Permintaan Penumpang Udara Global, Susut 3.4 Peratus Pada April -- IATA

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Jumlah permintaan penumpang udara yang diukur menerusi hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), susut 3.4 peratus bagi tahun ke tahun pada April 2026 akibat konflik Asia Barat, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Namun, kecuali pasaran Timur Tengah, permintaan meningkat 1.2 peratus bagi tempoh berkenaan.

“Selain itu, jumlah kapasiti yang diukur menerusi kilometer tempat duduk tersedia (ASK) susut 2.9 peratus tahun ke tahun manakala faktor muatan mencatat 83.1 peratus atau turun 0.4 mata peratusan berbanding April 2025,” menurut IATA dalam kenyataan lewat Khamis.

Ad Banner

IATA memaklumkan, permintaan antarabangsa susut 5.3 peratus tahun ke tahun pada April 2026, namun kecuali Timur Tengah, permintaan meningkat 1.9 peratus tahun ke tahun.

“Kapasiti susut 5.1 peratus tahun ke tahun manakala faktor muatan pada 83.9 peratus iaitu turun 0.2 mata peratusan berbanding April 2025,” menurutnya.

Bagi permintaan domestik, IATA memaklumkan prestasi itu mendatar atau tidak berubah berbanding April 2025 dengan kapasiti meningkat 0.8 peratus tahun ke tahun dan faktor muatan mencatat 81.9 peratus atau susut 0.7 mata peratusan daripada tempoh sama pada 2025.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata kemerosotan permintaan sebanyak 46.6 peratus bagi syarikat penerbangan Timur Tengah susulan perang di rantau itu adalah serius sehinggakan turut mengheret turun jumlah permintaan sebanyak 3.4 peratus bagi April 2026. 

“Situasi bagi pengangkutan udara kekal amat tidak menentu dengan kos bahan api jet naik lebih dua kali ganda pada April yang mendorong lonjakan tambang,” katanya.

Walsh berkata data jadual penerbangan akan datang menunjukkan penurunan penawaran bagi tempoh beberapa bulan akan datang yang menunjukkan langkah syarikat penerbangan sedang mengimbangi peningkatan kos ketara dan kelemahan permintaan.

-- BERNAMA