BERITA TERKINI   Manifesto PH Negeri Sembilan mampu dilaksana, bukan sekadar janji politik - Aminuddin | PRN NS: PH lancar manifesto tema 'Negeri Sembilan Kekal Harapan', garis 10 komitmen utama - Aminuddin | Aminuddin berhasrat jadikan Negeri Sembilan sebagai koridor pembangunan baharu yang strategik | PH bawa rekod pencapaian untuk dinilai rakyat pada PRN Negeri Sembilan - Aminuddin | 

MOF Terajui Pendekatan Usaha Sama Seluruh Kerajaan Banteras Lambakan Barangan Import Tidak Sah

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) menerajui kementerian dan agensi berkaitan dalam mengguna pakai pendekatan usaha sama seluruh kerajaan bagi membanteras aktiviti perniagaan, penawaran perkhidmatan dan lambakan barangan import yang tidak sah, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Dalam catatan di laman Facebook hari ini, Liew berkata pendekatan itu memastikan persaingan yang adil dan saksama untuk syarikat dan industri tempatan.

Beliau berkata langkah itu juga bertujuan memastikan semua aktiviti perniagaan mematuhi sepenuhnya undang-undang dan peraturan Malaysia serta semua produk import mematuhi piawaian yang ditetapkan, khususnya bagi barangan elektrik, makanan dan bahan binaan.

Ad Banner

Pada 8 Jun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah warga asing yang menyalahgunakan visa pelawat dan pelajar untuk terlibat dalam aktiviti perniagaan di Malaysia.

Anwar berkata kerajaan menyedari ancaman diwujudkan segelintir warga asing yang memasuki negara ini menggunakan visa pelawat atau pelancong tetapi menjalankan aktiviti perniagaan termasuk dalam sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Menurut Perdana Menteri, amalan sedemikian boleh menjejaskan peluang pekerjaan rakyat Malaysia.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA