8hari ago
PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) -- Permintaan buruh Malaysia terus berkembang sebanyak 1.4 peratus pada suku tahun pertama (ST1) tahun ini dengan mencatatkan 9.06 juta jawatan berbanding 8.94 juta pada suku sama tahun lepas, menurut Statistik Guna Tenaga, Suku Tahun Pertama 2025 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan Korea Selatan kini memasuki fasa akhir dengan sasaran untuk dimuktamadkan ketika berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober depan di Kuala Lumpur.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Rusia menyatakan hasrat bersama untuk memperkukuh perdagangan dan pelaburan sekali gus menandakan lembaran baharu dalam hubungan dua hala Malaysia-Rusia yang semakin berkembang.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Presiden Rusia Vladamir Putin berkata beliau melihat wujudnya prospek bagi usaha sama antara Rusia dan Malaysia dalam bidang gas asli dan tenaga nuklear.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa dan mencadangkan agar syarikat penerbangan Rusia, termasuk Aeroflot, memulakan semula laluan penerbangan langsung ke Malaysia secepat mungkin.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Sunway Real Estate Investment Trust (REIT) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM104.32 juta pada suku pertama 2025 berakhir pada 31 Mac 2025 daripada RM86.98 juta pada suku yang sama tahun lepas.
9hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Unjuran pasaran Malaysia kekal positif susulan penangguhan selama 90 hari rundingan perdagangan di antara Amerika Syarikat (AS) dan China, menurut Malaysian Rating Corp Bhd (MARC).
9hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengekalkan aliran menaik pada hari ini, menjejaki keuntungan di pasaran niaga hadapan getah serantau susulan keyakinan yang berterusan terhadap potensi gencatan perdagangan Amerika Syarikat (AS) - China, kata seorang peniaga.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Data daripada tinjauan PropertyGuru 2024 menunjukkan 77 peratus daripada rakyat Malaysia mengambil kira risiko iklim apabila membeli rumah.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia susut 20.3 peratus kepada 28,712 tan pada Mac 2025 berbanding 36,005 tan pada Februari 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
9hari ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
MOSCOW, 14 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan agenda lawatan rasmi hari keduanya ke Rusia dengan menghadiri mesyuarat meja bulat bersama para pemimpin industri Persekutuan Rusia.
9hari ago
Oleh Rosemarie Khoo dan Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku pertama Malaysia 2025 berkemungkinan mencabar dari segi menepati jangkaan pasaran ketika pelabur terus berusaha menangani impak gabungan kesan ketidaktentuan perdagangan sebelum ini serta dedahan China ke atas ekonomi negara.