Terdapat 703 berita berdasarkan kata kunci carian " 2026"

Jangkaan Inventori Rendah Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, didorong jangkaan paras inventori yang lebih rendah dalam beberapa minggu akan datang, kata seorang peniaga.

Lonjakan Harga Minyak Bukan Hanya Didorong Permintaan, Malah Kos Pengangkutan, Premium Insurans

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Harga minyak mentah global yang melonjak sehingga US$120 (US$1 = RM4.02) setong bukan semata-mata didorong oleh permintaan dan pembekalan sebaliknya turut dipengaruhi faktor geopolitik, kos penghantaran dan premium insurans.

Petronas Percepat Tempoh Perancangan Kebersediaan Kepada 45 Hari Susulan Risiko Bekalan Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah bertindak mempercepat tempoh perancangan kebersediaan hilirannya kepada 45 hari berbanding tiga bulan sebelum ini sebagai langkah menghadapi ketidaktentuan bekalan tenaga global.

N​​​​​​iaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat selepas dolar Amerika Syarikat menyusut menjelang pengumuman data ekonomi yang dijadualkan minggu depan. 

HLIB Turunkan Unjuran KDNK 2026 Malaysia Kepada 4.5 Peratus Susulan Krisis Tenaga Global

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menurunkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 kepada 4.5 peratus daripada 4.7 peratus berikutan krisis tenaga global daripada konflik Asia Barat.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini.

LIAM Lantik Pauline Teoh Sebagai Presiden Baharu

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zurich Life Insurance Malaysia Bhd, Pauline Teoh sebagai presiden baharunya.

Bantuan Fiskal, Ringgit Lebih Kukuh Kurangkan Tekanan Ekonomi Susulan Konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Tekanan ekonomi susulan konflik Asia Barat dijangka dapat dikurangkan melalui sokongan fiskal, antaranya Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), ringgit yang lebih kukuh, serta ketahanan perbelanjaan dalam sektor makanan dan minuman, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Malaysia Airlines Lancar Laluan Ke Shenzhen, Changsha Mulai Julai 2026

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd memperluas rangkaiannya menerusi pelancaran laluan baharu ke Shenzhen dan Changsha, China, bermula Julai 2026.

MyDIGITAL, Oracle Latih 300,000 Rakyat Malaysia Dalam Kemahiran AI Menjelang 2029

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- MyDIGITAL Corporation akan bekerjasama dengan Oracle bagi melatih 300,000 rakyat Malaysia dalam bidang kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan kebolehpasaran dan menyokong perkembangan kerjaya menjelang 2029.

GoRental Sasar Pengembangan Di Malaysia Selepas Kejayaan Tenaga Golmpact Di Thailand

CHIANG MAI, 3 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga bersih dari Singapura, GoRental Global telah meletakkan Malaysia sebagai pasaran utama untuk pengembangan serantaunya sambil meningkatkan inisiatif GoImpactnya bagi menyampaikan penyelesaian tenaga terdesentralisasi kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Menjejaki Keuntungan Minyak Mentah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki keuntungan dalam pasaran minyak mentah, kata seorang peniaga.