Terdapat 703 berita berdasarkan kata kunci carian " 2026"

Pemegang Saham UEM Edgenta Lulus Cadangan SCR, Buka Laluan Kepada Penyenaraian

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Pemegang saham UEM Edgenta Berhad hari ini meluluskan cadangan pengurangan modal terpilih dan pembayaran balik (SCR), sekali gus membuka peluang bagi UEM Group Berhad untuk meningkatkan pegangan semasa sebanyak 69.14 peratus dalam syarikat pengurusan aset dan penyelesaian infrastruktur itu kepada 100 peratus. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini apabila ketidaktentuan dalam perkembangan perang Amerika Syarikat-Iran menjejaskan permintaan terhadap logam berharga berkenaan.

MAG Pertimbang Guna Dana Khazanah Pada 2026 Bagi Sokong Pengembangan Kumpulan Pesawat

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan pembiayaan pemegang saham daripada Khazanah Nasional Bhd tahun ini bagi menyokong komitmen pengembangan dan penyelenggaraan kumpulan pesawatnya walaupun terdapat peningkatan ketara  aliran tunai operasi.

Harga MSM Dijangka Cecah RM4,350 Satu Tan Berikutan Bekalan Terhad - Hong Leong IB

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) bagi 2026 dijangka meningkat kepada RM4,350 satu tan, naik RM150 setiap tan berikutan keadaan bekalan jangka pendek yang lebih terhad, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Suruhanjaya Tenaga Akan Memastikan Bekalan Bahan Api Berterusan Untuk Penjanaan Elektrik

PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) -- Suruhanjaya Tenaga (ST) mengambil langkah untuk memastikan bekalan bahan mentah yang berterusan, khususnya gas dan arang batu bagi penjanaan elektrik, sambil memantau perkembangan di Asia Barat susulan konflik di rantau itu kini memasuki bulan kedua.

Suruhanjaya Tenaga Semak Semula Beberapa Rangka Kerja Undang-undang, Peraturan

PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) – Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang menyemak semula beberapa rangka kerja undang-undang dan peraturan termasuk mekanisme bagi perdagangan elektrik rentas sempadan, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyokong kestabilan sektor tenaga dan pertumbuhan mampan.

Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives pada Khamis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, sejajar dengan penurunan dalam niaga hadapan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Prestasi COMEX

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki prestasi pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan kadar asas pasaran tunai.

Bank Rakyat Perkukuh Keselamatan Siber Selepas Kena Denda RM1 Juta

KUALA LUMPUR, 1April (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) terus menambahbaik infrastruktur teknologinya, kawalan keselamatan siber, dan proses operasi bagi memperkukuh daya tahan sistem serta melindungi maklumat pelanggan. 

BNM Denda Bank Rakyat RM1 Juta Kerana Isu Keselamatan Siber, Gagal Lindungi Maklumat Pelanggan

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta ke atas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) susulan pelanggaran perlindungan maklumat pelanggan dan keselamatan siber pada 20 Januari 2026.