BERITA TERKINI   Liga Super: Melaka FC 1-3 Kuching City FC | Liga Super: DPMM FC 0-1 Sabah FC | 

Terdapat 274 berita berdasarkan kata kunci carian " ai"

Penerbangan Terus Qingdao-Pulau Pinang Lonjak Pengembangan Ke Pasaran Utara China

GEORGE TOWN, 31 Mac (Bernama) -- Pelancaran penerbangan terus baharu antara Qingdao dan Pulau Pinang hari ini telah menandakan satu peristiwa penting dalam pengembangan strategik Pulau Pinang ke segmen utara dan timur laut pasaran China, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Wong Hon Wai.

Bursa Malaysia Pulih Untuk Ditutup Tinggi Dipacu Minat Belian Saham Terpilih

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Saham di Bursa Malaysia pulih daripada kerugian semalam untuk ditutup tinggi pada Selasa, dipacu minat belian dalam kaunter penjagaan kesihatan, utiliti dan perbankan.

BNM Nilai Risiko, Impak Ekonomi Daripada Konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) sedang menilai impak ekonomi daripada konflik Asia Barat memandangkan krisis itu boleh berlarutan sehingga enam bulan, sekali gus menjejaskan bekalan minyak dan harga tenaga, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Namun Susut Susulan Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat ketika memulakan dagangan Selasa namun susut kemudiannya, menjejaki prestasi bercampur-campur semalaman Wall Street ketika pelabur memilih pendirian “tunggu dan lihat” susulan ketiadaan pemangkin baharu.

Sistem Kewangan Yang Progresif Dan Inklusif Jadi Keutamaan BNM Pada 2026

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) – Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan beberapa keutamaan untuk  tahun 2026 dalam usaha membina sistem kewangan yang inklusif dan progresif.

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang Antara 4-5 Peratus Pada 2026, Disokong Daya Tahan Domestik

Oleh Harizah Hanim Mohamed & Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR 31 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang antara empat peratus dan lima peratus tahun ini berbanding 5.2 peratus pada tahun lepas, dengan daya tahan Malaysia pada peringkat dalam negeri dan struktur eksport yang pelbagai memberikan asas yang kukuh untuk mengharungi rintangan luaran semasa terutamanya daripada konflik di Asia Barat.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Lonjakan Harga Minyak, Krisis Asia Barat

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi sebahagian besar pasaran serantau ketika pelabur mengatur semula pendedahan risiko masing-masing di tengah-tengah lonjakan harga minyak susulan krisis Asia Barat yang kini masuk bulan kedua.

Capital A Lantik Effendy Shahul Hamid Sebagai Timbalan CEO Berkuat Kuasa 6 April

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd melantik Effendy Shahul Hamid sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), berkuat kuasa 6 April, 2026, bagi memperkukuh dan memperkuat jajaran kepimpinan kumpulan seiring dengan langkah syarikat memasuki fasa pertumbuhan seterusnya.

Capital A Sasar Keluar Daripada Status PN17 Selepas Untung Empat Suku Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd (Capital A) menyasarkan untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) selepas mencapai selama keuntungan empat suku berturut-turut, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes.

Harga Airasia Dijangka Alami Kenaikan Kecil Namun Kekalkan Tambang Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Tambang AirAsia mungkin mengalami kenaikan kecil namun masih kekal pada harga mampu milik berikutan konflik di Asia Barat, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes.

Seiring Prestasi Kebanyakan Pasaran Serantau, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini dengan lebih rendah susulan aktiviti jualan saham-saham wajaran tinggi selain seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau.

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal pada Isnin, seiring dengan pasaran serantau yang lemah selepas Wall Street mencatatkan penurunan berikutan harga minyak mentah Brent melonjak melebihi US$110 setong.