Terdapat 350 berita berdasarkan kata kunci carian " asia"

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal pada Isnin, seiring dengan pasaran serantau yang lemah selepas Wall Street mencatatkan penurunan berikutan harga minyak mentah Brent melonjak melebihi US$110 setong.

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS, Pelabur Beralih Kepada Aset Selamat

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Ringgit rendah pada Isnin berikutan peserta pasaran terus beralih kepada aset selamat dalam situasi ketidaktentuan berkaitan impak daripada konflik berterusan di Asia Barat, yang kini telah berlanjutan lebih sebulan.

Kerajaan Kekal Sasaran Pertumbuhan Ekonomi, Imbang Tekanan Inflasi Susulan Konflik Asia Barat

JOHOR BAHRU, 29 Mac (Bernama) -- Kerajaan menumpukan usaha mengimbangi kebajikan rakyat, tekanan inflasi dan pertumbuhan ekonomi susulan ketidaktentuan global akibat konflik Asia Barat dengan sasaran pertumbuhan 2026 kekal pada 4.0 hingga 4.5 peratus setakat ini.

Malaysia, China Ekonomi Berdaya Tahan Di Asia Ketika Ketidaktentuan Pasaran Tenaga 

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Malaysia dan China dilihat tampil sebagai ekonomi berdaya tahan di Asia dalam persekitaran ketidaktentuan pasaran tenaga global yang semakin meningkat akibat konflik berterusan di Asia Barat.

Jepun Sasar Perluas Pelaburan Dalam Sektor Digital, Teknologi Tinggi Malaysia

Oleh Christine Lim May Yu

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Jepun menyasarkan untuk memperluas pelaburannya dalam industri digital Malaysia yang merangkumi bidang khusus seperti produk cip berteknologi tinggi dan pusat data.

Kerajaan Masih Mampu Tampung Subsidi RON95, Sedia Selaras Dasar

IPOH, 28 Mac (Bernama) -- Kerajaan ketika ini masih mampu menampung jumlah subsidi bagi petrol RON95, namun bersedia melakukan pelarasan dasar mengikut keperluan semasa sekiranya kos terus meningkat akibat krisis di Asia Barat.

Dasar Ketat Fed, Kejutan Harga Minyak Mungkin Kekalkan Ringgit Pada Sekitar 4.00 Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan pada sekitar 4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu hadapan memandangkan jangkaan konflik berpanjangan di Asia Barat terus memberi tekanan kepada mata wang tempatan.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Antara US$4,300 Hingga US$4,500 Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat yang besar antara US$4,300 hingga US$4,500 minggu depan di tengah-tengah ketidakpastian pasaran susulan ketegangan di Asia Barat yang berterusan. 

Pasaran Getah Dijangka Meningkat Minggu Depan Susulan Permintaan Lebih Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Pasaran getah dijangka meningkat minggu depan disokong oleh permintaan yang lebih kukuh terhadap komoditi berkenaan berikutan gangguan bekalan dalam segmen getah sintetik global, menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Niaga Hadapan FBM KLCI Meneguh Minggu Hadapan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka akan meneguh pada minggu hadapan, mencerminkan sentimen berhati-hati dalam pasaran tunai asas.

Bursa Malaysia Diunjur Kekal Berhati-hati Minggu Depan Susulan Konflik Asia Barat Jejas Sentimen

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan konflik Asia Barat yang masih belum reda terus mempengaruhi hala tuju pasaran global.

Tenaga Solar Mampu Jadi Alternatif Penjanaan Elektrik Susulan Konflik Di Asia Barat

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Tenaga solar kini menjadi alternatif penting untuk penjanaan elektrik bagi menggantikan penggunaan minyak, gas dan arang batu yang terhad susulan konflik di Asia Barat pada masa ini.