17hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Ringgit serta mata wang serantau yang lain ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila pelabur di peringkat global dan serantau kembali beralih kepada pelaburan selamat ekoran ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat yang berterusan.
17hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi semasa mengakhiri dagangan minggu ini, disokong oleh peningkatan kukuh dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui oleh sektor penjagaan kesihatan dan pembinaan, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang secara keseluruhannya positif.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menekankan bahawa semua lapisan masyarakat mesti memainkan peranan proaktif dan bertanggungjawab dengan menggunakan bahan api secara berhemat dan memastikan penggunaan tenaga yang mampan dalam persekitaran ketidakpastian berterusan di Asia Barat.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Peralihan Malaysia ke arah kenderaan elektrik (EV) mungkin akan dipercepatkan disebabkan oleh kenaikan harga minyak mentah terutamanya dalam kalangan pembeli segmen enjin pembakaran dalaman (ICE) premium, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, mengatasi prestasi pasaran serantau apabila sentimen pasaran bertambah baik susulan langkah penyelarasan subsidi bahan api kerajaan, yang menyokong kestabilan fiskal dan kemampuan isi rumah di tengah-tengah ketidaktentuan berterusan di Asia Barat.
17hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi untuk hari keempat berturut-turut berikutan langkah kerajaan Malaysia melaksanakan pendekatan pragmatik terhadap subsidi bahan api dengan mengimbangi disiplin fiskal dan kebimbangan kos sara hidup di tengah ketegangan Asia Barat.
18hari ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Pengumuman kerajaan mengenai penyelarasan sementara kuota subsidi bulanan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada 200 liter daripada 300 liter sebulan yang akan dilaksanakan pada April wajar diterima dengan hati terbuka serta rasional oleh rakyat Malaysia.
18hari ago
PUTRAJAYA, 26 Mac (Bernama) -- Kerajaan menanggung subsidi petrol dan diesel yang dianggarkan mencecah RM4 bilion sebulan di bawah pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI Diesel, susulan peningkatan harga minyak mentah global.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) 2026 kembali dengan tawaran pelancongan, pengalaman budaya serta kerjasama antarabangsa yang lebih menarik, dengan tumpuan kepada Macau sebagai destinasi antarabangsa pilihan.
18hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Pelarasan kuota bulanan petrol bersubsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada 200 liter daripada 300 liter dilihat sebagai langkah sementara yang perlu bagi mengurus tekanan subsidi susulan lonjakan harga minyak global akibat konflik berterusan di Asia Barat.
18hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki pengukuhan dalam harga minyak mentah berikutan konflik yang semakin memanas di Asia Barat, kata seorang peniaga.
18hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives merosot pada Khamis susulan peningkatan kebimbangan bahawa Amerika Syarikat (AS) mungkin merancang operasi taktikal amfibia berhampiran Pulau Kharg, sebuah hab utama bagi eksport minyak mentah Iran.