2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi COMEX yang menurun apabila laporan data pekerjaan yang kukuh di Amerika Syarikat (AS) mencetuskan kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah di negara itu.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Tanco Holdings Bhd telah menerima pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) daripada Bursa Malaysia Securities Bhd berikutan kejatuhan mendadak dalam harga sahamnya pada Isnin.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Muhibbah Engineering (M) Bhd (Muhibbah) memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM300 juta daripada Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd (LMTSB).
2hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan 0.82 peratus semasa ditutup hari ini, dengan kepelbagaian komposisi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) membantu mengurangkan impak kelemahan pasaran global.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- BIMB Investment Management Bhd (BIMB Investment), anak syarikat Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam), memperkenalkan BIMB Opportunities Fund (BOF), iaitu dana patuh syariah yang menyasarkan potensi pertumbuhan saham bermodal kecil, dengan sasaran saiz dana sebanyak RM50 juta pada tahun ini.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Liftech Group Bhd menyasarkan untuk meraih RM23 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) sempena cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 30 Jun, 2026.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dalam wilayah negatif, seiring dengan penurunan pasaran serantau susulan serangan baharu di Asia Barat serta kebimbangan terhadap saham teknologi.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Saham Astro Malaysia Holdings Bhd meningkat setengah sen kepada 6.5 sen seunit selepas dagangan sekuritinya disambung semula pada 10 pagi hari ini.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings Bhd, Euan Smith meletak jawatan selepas menerajui syarikat itu selama enam tahun, berkuat kuasa 7 Jun, 2026.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan pasaran serantau berikutan sentimen kekal berhati-hati dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil disebabkan pelabur menilai perkembangan di Asia Barat, pengumuman data ekonomi utama dari Amerika Syarikat (AS) dan China dan hala tuju aliran dana asing.
5hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dijangka menguji semula paras 1,700 dan diunurkan dalam julat antara 1,710 hingga 1,715 pada minggu depan, disokong oleh selera risiko yang semakin baik serta penilaian menarik dalam kalangan saham mewah Malaysia terpilih.