BERITA TERKINI   Liga Super: Melaka FC 1-3 Kuching City FC | Liga Super: DPMM FC 0-1 Sabah FC | 

Terdapat 428 berita berdasarkan kata kunci carian " dagangan"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Dipengaruhi Sentimen Berwaspada Ekoran Konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit rendah pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati yang berterusan, dengan pelabur mengekalkan kedudukan di luar pasaran ekoran konflik berpanjangan di Asia Barat, kata seorang penganalisis.

Malaysia Catat Jualan Lebih RM200 Juta Pada Pameran Makanan Dan Minuman China

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Malaysia memperoleh jualan lebih RM200 juta pada Pameran Makanan dan Minuman China (CFDF) ke-114 bulan lepas hasil penyertaan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan kerjasama Messe Worldwide Sdn Bhd.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Dalam Persekitaran Prestasi Bercampur Serantau

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit tinggi pada tengah hari, susulan prestasi bercampur-campur di pasaran serantau berikutan ketidakpastian mengenai kesan krisis Asia Barat.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Di Sebalik Risiko Asia Barat

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal pada Jumaat berikutan pelabur menilai risiko daripada konflik di Asia Barat yang berterusan.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Didorong Jangkaan NFP Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam dagangan awal pada Jumaat apabila pasaran bersedia untuk bacaan senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah, memberi tekanan kepada dolar AS dan menyokong mata wang serantau.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Menjejaki Keuntungan Minyak Mentah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki keuntungan dalam pasaran minyak mentah, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini apabila ketidaktentuan dalam perkembangan perang Amerika Syarikat-Iran menjejaskan permintaan terhadap logam berharga berkenaan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Optimisme Terhadap Konflik Asia Barat Semakin Suram

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis dengan indeks utama berakhir pada paras terendah harian apabila optimisme terhadap penamatan segera konflik Asia Barat menjadi suram susulan ucapan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pagi ini yang mencetuskan sentimen penghindaran risiko global.

Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives pada Khamis.

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Susulan Optimisme Konflik Asia Barat Mereda

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka kukuh pada Khamis, disokong peningkatan optimisme bahawa konflik di Asia Barat berpotensi mereda dalam masa terdekat, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, sejajar dengan penurunan dalam niaga hadapan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Prestasi COMEX

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki prestasi pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.