10hari ago
PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) mengunjurkan ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan kukuh secara purata pada kira-kira lima peratus untuk tahun ini dan 2027 meskipun berdepan ketidaktentuan global.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa susulan sentimen serantau yang lemah berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan hari ini dan esok selain pengumuman prestasi kewangan syarikat teknologi utama AS.
11hari ago
JAKARTA, 27 Julai (Bernama) -- Gabenor Bank Indonesia (BI) Perry Warjiyo telah menyerahkan surat peletakan jawatannya manakala Timbalan Gabenor Kanan Destry Damayanti akan mengambil alih jawatan secara automatik sebagai Pemangku Gabenor selaras dengan peruntukan Undang-Undang BI.
11hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 27 Julai (Bernama) -- Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menyemak naik unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.9 peratus bagi 2026 berbanding unjuran awal 4.6 peratus, didorong permintaan kukuh berkaitan kecerdasan buatan (AI).
16hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunannya pada tengah hari berikutan penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih disebabkan aktiviti pengambilan untung.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 kepada 5.1 peratus daripada 4.4 peratus sebelum ini.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.06-RM4.08 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan di tengah-tengah sentimen pasaran yang kekal berhati-hati selain faktor ketidaktentuan geopolitik yang berpanjangan.
21hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi pada Khamis, didorong pembelian menyeluruh merentas pelbagai sektor.
23hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada hari Rabu, walaupun pasaran hadapan getah serantau mencatatkan keuntungan.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia menyerlah sebagai pilihan kedua paling menarik bagi pasaran modal global selepas Amerika Syarikat (AS), didorong oleh prospek ekonomi domestik yang baik, dasar monetari stabil serta aliran modal yang berdaya tahan.
23hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan kukuh apabila meningkat lebih satu peratus untuk ditutup tinggi pada Selasa, dipacu minat belian yang amat memberangsangkan dalam kaunter minyak dan gas serta perbankan.
27hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Dagangan ringgit dijangka berada pada jajaran kecil antara RM4.05 dengan RM4.07 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan memandangkan pelabur menunggu laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang akan dikeluarkan pada Selasa depan.