10hari ago
PUTRAJAYA, 28 Feb (Bernama) -- Pencapaian mutakhir ekonomi negara yang membanggakan, termasuk prestasi ringgit yang disifatkan antara terbaik di Asia, adalah hasil pembaharuan tatakelola dan usaha berterusan membanteras rasuah serta penyelewengan dana awam.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Pengagihan kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka kekal kompetitif bagi 2026 berbanding tahun lepas, dipacu oleh strategi dan peruntukan aset dana simpanan persaraan itu, kata Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Ahmed Razman.
11hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan menjelang pengumuman data utama AS dan perkembangan selanjutnya mengenai rundingan nuklear AS-Iran.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, dipengaruhi oleh kelembapan dolar Amerika Syarikat (AS) dan ketidakpastian berterusan mengenai rundingan nuklear antara AS dan Iran.
12hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN pada Jumaat tetapi rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain berikutan peniaga kekal berhati-hati dalam risiko geopolitik dan ketidaktentuan mengenai tarif AS.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Jumaat, disokong oleh penurunan hasil Perbendaharaan AS serta pelarasan kedudukan awal sesi dagangan Asia, walaupun Indeks Dolar AS (DXY) ditutup tinggi sedikit.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Malaysia tidak hanya tertumpu pada paras kadar pertukaran khusus ringgit tetapi sebaliknya pada kekuatan jangka panjang mata wang tersebut kerana ia mencerminkan kesihatan keseluruhan ekonomi negara.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Peningkatan nilai ringgit kira-kira 10 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 2025 telah menurunkan kos teknologi dan peralatan yang diimport, menjadikannya masa sesuai untuk menerima pakai perisian dan jentera baharu, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Jacob Lee Chor Kok.
13hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis susulan ketidaktentuan berkaitan dasar tarif AS dan rundingan AS-Iran.
14hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Ringgit kekal stabil berbanding dolar AS yang kukuh, ditutup hampir tidak berubah daripada paras semalam, didorong oleh daya tahan ekonomi positif seperti dicerminkan dalam data Indeks Pelopor (IP).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Impak keseluruhan pergerakan nilai ringgit terhadap daya saing perdagangan negara dijangka kekal terkawal, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.