Terdapat 92 berita berdasarkan kata kunci carian " dolar as"

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Keputusan OPR

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis disebabkan peniaga mengalihkan tumpuan kepada pengumuman kadar dasar semalaman (OPR) hari ini, walaupun terdapat konflik yang berterusan di Timur Tengah.

Ringgit Meningkat Semula, Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Dipacu Permintaan Baharu

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Ringgit mengakhiri penurunan selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong permintaan baharu terhadap unit tempatan.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Didorong Konflik AS-Iran

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini berikutan sentimen pasaran terjejas oleh konflik geopolitik yang meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata peniaga.

Ringgit Dibuka Tinggi, Sentimen Risiko Sokong Dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini namun dijangka kekal berdepan tekanan susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak, dengan peniaga terus memilih dolar AS sebagai aset selamat.

Harga Pengangkutan, Makanan Hadapi Tekanan Awal Daripada Konflik Timur Tengah

PUTRAJAYA, 4 Mac (Bernama) -- Harga pengangkutan dan makanan dijangka menerima tekanan paling awal dan paling ketara susulan konflik geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Berikutan Pengukuhan Dolar AS Jejas Aset Lindung Nilai

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa berikutan kejatuhan niaga hadapan emas COMEX Amerika Syarikat (AS) apabila dolar AS mengukuh di tengah-tengah konflik Timur Tengah.

MBSB Kekal Unjuran Purata Ringgit Sekitar 4.00 Berbanding Dolar AS Pada 2026

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) mengekalkan unjuran asasnya bahawa ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS, dengan purata pada 2026 adalah sekitar RM4.00 (2025: RM4.28).

Ringgit Ditutup Rendah Berikutan Sentimen Elak Risiko Dorong Kenaikan Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila sentimen elak risiko mengukuhkan dolar manakala pelabur kekal berhati-hati berikutan konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah.