Terdapat 373 berita berdasarkan kata kunci carian " ekonomi"

ZDATA Akan Lancar Pusat Data GreenRE Platinum Pertama Malaysia Di Johor Dengan Pelaburan RM8 Bilion

JOHOR BAHRU, 11 Mac (Bernama) -- Syarikat infrastruktur digital dan pusat data China, ZDATA Group Co Ltd sedang membangunkan pusat data berskala besar pertama di Malaysia yang diperakui GreenRE Platinum di Johor dengan pelaburan sekitar RM8 bilion.

Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Kesan Konflik AS–Iran, Bekalan Minyak Negara Terkawal - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji kesan konflik Amerika Syarikat (AS)–Iran terhadap ekonomi negara susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Prestasi Pelaburan Diluluskan Negeri Sembilan Catat Sejarah RM19.1 Bilion Pada 2025

SEREMBAN, 11 Mac (Bernama) -- Negeri Sembilan mencatatkan prestasi pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negeri ini apabila merekodkan jumlah sebanyak RM19.1 bilion pada tahun lepas sekali gus melepasi sasaran awal sebanyak RM10 bilion.

Pelan Induk Pasaran Modal Tepat Pada Masanya Wujudkan Pasaran Lebih Dinamik-- Ahli Ekonomi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026-2030 yang dilancarkan pada Isnin merupakan rangka tindakan yang positif dan tepat pada masanya yang bertujuan mempertingkatkan pasaran modal Malaysia, kata ahli ekonomi.

Computility Technology, BGMC Energy, Renikola Jalin Kerjasama Tenaga Hijau

ISKANDAR PUTERI, 11 Mac (Bernama) -- Tiga pihak iaitu Computility Technology (Malaysia) Sdn Bhd (CTDC), BGMC Energy Holdings Sdn Bhd (BGMC) dan reNIKOLA Holdings Sdn Bhd memeterai dokumen kertas terma strategik bagi membentuk pakatan tenaga hijau bagi pembekalan kira-kira 630,000 megawatt jam (MWh) tenaga boleh baharu (TBB) setahun.

Harga MSM Dijangka Pada Purata RM4,100-RM4,200 Satu Tan Pada 2026

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan pada purata RM4,100 hingga RM4,200 satu tan pada 2026, disokong oleh harga minyak mentah yang tinggi yang dapat meningkatkan daya saing ekonomi biodiesel dan menyokong potensi pelaksanaan mandat B50 Indonesia.

Kargo Udara Hubungkan Perniagaan Ke Pasaran Global, Rantaian Bekalan Terus Bergerak - IATA

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kargo udara berperanan penting dalam menghubungkan perniagaan ke pasaran global dan memastikan pergerakan rantaian bekalan, walaupun persekitaran operasi menjadi semakin kompleks, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dalam satu kenyataan hari ini. 

SOGDC, SEDCO Mining Meterai MoU Perkukuh Pembangunan Industri Sabah

KOTA KINABALU, 11 Mac (Bernama) -- Sabah Oil & Gas Development Corporation (SOGDC) dan SEDCO Mining Sdn Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh pembangunan industri di negeri ini, khususnya di kawasan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sabah (SOGIP) dan Sawit Kinabalu Sandakan Industrial Park (SKSIP).

NIF Tarik Pelaburan Berkualiti Tinggi, Sokong Transformasi Ekonomi - Liew

​KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Pelaksanaan Kerangka Insentif Baharu (NIF) yang bermula pada 1 Mac lepas akan memastikan kemasukan pelaburan berkualiti tinggi bagi menyokong transformasi ekonomi ke arah berpendapatan tinggi dan berasaskan inovasi.

CUSTA Kumpul US$4.3 Juta Kembangkan Platform Produk Rekaan Khusus Di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- CUSTA mengumpul modal kira-kira US$4.3 juta (RM17 juta), termasuk ekuiti pusingan Pre-Series A yang diketuai bersama oleh Delight Ventures dan Global Brain.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Kumpulan Mata Wang Utama, Tidak Berubah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh data ekonomi domestik yang berdaya tahan di tengah ketegangan geopolitik yang meningkat serta isyarat global yang bercampur-campur.

Invest Selangor Sasar Lepasi Nilai Potensi Transaksi SIBS 2025

SHAH ALAM, 10 Mac (Bernama) -- Invest Selangor Bhd menyasarkan untuk melepasi nilai potensi transaksi perniagaan sebanyak RM8.17 bilion tahun lalu semasa Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2026, yang akan diadakan pada Oktober ini.