Terdapat 146 berita berdasarkan kata kunci carian " ekuiti"

Affin Bank Dapat Kelulusan BNM Ambil Alih Pheim AM Pada Harga RM50 Juta

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Affin Bank Bhd menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengambil alih keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Pheim Asset Management Sdn Bhd (Pheim AM) pada harga RM50 juta.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Dipengaruhi Sentimen Berwaspada Ekoran Konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit rendah pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati yang berterusan, dengan pelabur mengekalkan kedudukan di luar pasaran ekoran konflik berpanjangan di Asia Barat, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Di Sebalik Risiko Asia Barat

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal pada Jumaat berikutan pelabur menilai risiko daripada konflik di Asia Barat yang berterusan.

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Susulan Optimisme Konflik Asia Barat Mereda

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka kukuh pada Khamis, disokong peningkatan optimisme bahawa konflik di Asia Barat berpotensi mereda dalam masa terdekat, kata seorang penganalisis.

Asia Vision Capital Menilai Projek Richmond Mayor Di Mount Austin, Johor Bahru

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Firma modal teroka Asia Vision Capital Sdn Bhd, yang memberi tumpuan kepada penstrukturan dan pengurusan pelaburan ekuiti persendirian hartanah, sedang menilai projek hartanah di Mount Austin, Johor Bahru yang dikenali sebagai Richmond Mayor.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Indeks Komposit Naik 1.10 Peratus

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, dengan indeks utama meningkat 1.10 peratus seiring dengan kenaikan kukuh merentasi pasaran serantau susulan peningkatan di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Susulan Sentimen Bertambah Baik

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street, susulan sentimen pelabur yang bertambah baik berikutan jangkaan konflik di Asia Barat mungkin reda dalam masa terdekat.

Bursa Malaysia Pulih Untuk Ditutup Tinggi Dipacu Minat Belian Saham Terpilih

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Saham di Bursa Malaysia pulih daripada kerugian semalam untuk ditutup tinggi pada Selasa, dipacu minat belian dalam kaunter penjagaan kesihatan, utiliti dan perbankan.

Inflasi Keseluruhan Dijangka Kekal Sederhana Antara 1.5 - 2.5 Peratus Pada 2026 - BNM

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana, berpurata antara 1.5 peratus hingga 2.5 peratus pada 2026 walaupun harga komoditi global diunjurkan mengalami turun naik yang lebih besar berikutan konflik geopolitik di Asia Barat, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Nisbah Modal Sistem Perbankan Malaysia Kukuh Pada 18.1 Peratus Kepada RM139.3 Bilion Pada 2025

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Nisbah jumlah modal sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada 18.1 peratus daripada jumlah aset berwajaran risiko berbanding 18.2 peratus pada Jun 2025, dengan lebihan penampan modal berjumlah RM139.3 bilion daripada RM138.9 bilion sebelumnya, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Asas Ekonomi Malaysia Kukuh Sokong Sentimen Pasaran Dalam Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia yang kukuh, dipacu oleh pembaharuan struktur dalam negeri, dijangka terus menyokong sentimen pasaran domestik walaupun persekitaran global kekal sangat tidak menentu.

Keuntungan Sektor Insurans, Takaful Susut Kepada RM4.6 Bilion -- BNM

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Keuntungan sektor insurans dan takaful Malaysia mencatatkan penurunan kepada RM4.6 bilion pada separuh tahun kedua 2025 (ST2 2025) berbanding RM4.8 bilion pada separuh pertama 2025 (ST1 2025), walaupun prestasi pelaburan ekuiti bertambah baik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).