Terdapat 471 berita berdasarkan kata kunci carian " fi"

22 Firma AS Sertai Misi Pelaburan Ke Malaysia, Tinjau Peluang Pelbagai Sektor

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Kira-kira 22 firma Amerika Syarikat (AS) menyertai misi pelaburan di Malaysia, meninjau peluang pelaburan merentasi pelbagai sektor dan menjadi usaha memperkukuh perniagaan dengan ASEAN yang berpotensi muncul ekonomi keempat terbesar dunia menjelang akhir dekad ini.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring penurunan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Tegur Secara Terbuka Ireka, Tujuh Bekas Pengarah Dengan Denda RM425,000

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Ireka Corp Bhd (Ireka) dan tujuh bekas pengarahnya di atas pelanggaran Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities selain mengenakan denda berjumlah RM425,000 ke atas pengarah-pengarah terlibat.

Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Unit Serantau, Kebanyakan Mata Wang Utama

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan mengukuh berbanding mata wang serantau dan kebanyakan unit utama dunia kecuali euro dan dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur terus memantau perkembangan rundingan AS-Iran serta menjelang pertemuan pemimpin Washington dan Beijing.

OPR: BNM Dijangka Kekal Paras Semasa 2.75 Peratus Julai Ini, Kekang Inflasi - BMI

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- BMI menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuarat 9 Julai ini susulan keputusan sama pada 7 Mei lepas.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia kekal melebihi paras 1,700 mata pada akhir sesi dagangan pagi, disokong oleh minat belian, terutamanya di kaunter perladangan dan penjagaan kesihatan.

Pelabur Asing Jadi Pembeli Bersih Di Bursa Malaysia Dengan Aliran Masuk RM95.2 Juta - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti pada minggu lalu selepas tiga minggu berturut-turut mencatat jualan bersih, dengan aliran masuk bersih sebanyak RM95.2 juta berbanding aliran keluar bersih RM160.8 juta pada minggu sebelumnya, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Rundingan Damai Asia Barat Sedang Berlangsung

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan pelabur memantau rundingan damai yang sedang berlangsung berhubung krisis di Asia Barat, kata penganalisis.

Portal Sehenti PKS Dijangka Dilancarkan Bulan Ini - Sim

BUTTERWORTH, 9 Mei (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dijangka melancarkan portal sehenti untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada bulan ini bagi memudahkan akses kepada maklumat berkaitan pembiayaan, latihan dan pelbagai program sokongan kerajaan.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Rendah Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan lebih rendah pada minggu depan susulan penurunan harga minyak mentah di bawah AS$100 setong, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Minggu Hadapan Dijangka Didagangkan Dalam Jajaran Sempit

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dalam jajaran sempit antara US$4,680 hingga US$4,780 setiap auns troy pada minggu depan, dengan jangkaan ketegangan di Asia Barat berkurangan.

Ringgit Dijangka Diniagakan RM3.90–RM3.95 Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Trump-Xi

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) --  Mata wang ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.90 hingga RM3.95 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan menjelang pertemuan penting antara Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping.