Terdapat 625 berita berdasarkan kata kunci carian " harga"

BMI Unjur Kerajaan Pertingkat Sokongan Pengeluaran Ubat Secara Domestik

UALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Firma penyelidikan BMI menjangkakan kerajaan meningkatkan lagi sokongan bagi pengeluaran ubat-ubatan secara domestik dalam usaha mengawal kos di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya Susulan Sentimen Tidak Menentu

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Khamis dengan lebih tinggi namun susut kemudiannya walaupun Wall Street mencatat prestasi positif semalaman ketika sentimen pelabur dijangka tidak menentu dalam masa terdekat ini.

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS Bagi Hari Ketiga

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Momentum pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) diteruskan pada sesi awal urus niaga Khamis yang juga hari ketiga berturut-turut susulan sentimen positif didorong oleh prospek gencatan senjata antara AS dan Iran.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Penurunan Harga Minyak Mentah, Minyak Soya

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki penurunan harga minyak mentah berikutan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) - Iran yang semakin reda, kata seorang peniaga.

Harga Minyak Susut, Bursa Malaysia Ditutup Meningkat Seiring Pasaran Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun dan meningkat ketika mengakhiri dagangan Rabu, menjejaki prestasi pasaran serantau selepas penyusutan ketara harga minyak mendorong sentimen positif pasaran secara menyeluruh.

Harga Minyak Dijangka Turun Ke US$66 Setong Pada Suku Kedua 2026, pulih Menjelang Hujung Tahun - BMI

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Harga minyak global dijangka menurun kepada USS$66 setong pada suku kedua 2026 selepas mencatat paras lebih tinggi sekitar US$78 setong pada suku pertama 2026, sebelum beransur pulih menjelang akhir tahun, menurut BMI.

Empire Premium Food Bakal Disenarai Di Pasaran Utama Sasar Kumpul RM152.6 Juta Menerusi IPO

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Syarikat makanan dan minuman Empire Premium Food Bhd menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM152.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 17 April 2026.

Ranhill SAJ, Yes Pacu Langganan Jalur Lebar Menerusi Baucar Air Di Johor

JOHOR BAHRU, 25 Mac (Bernama) -- Ranhill SAJ bekerjasama dengan penyedia khidmat telekomunikasi Yes menawarkan isi rumah Johor dengan baucar bulanan RM10.50 yang dikreditkan ke dalam bil air selama enam bulan menerusi langganan jalur lebar terpilih.

Bekalan Baja Berisiko Ancam Keluaran Bijirin Asia Tenggara, Malaysia Dijangka Bertahan - BMI

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Risiko pengurangan kadar penggunaan bagi tanaman bijirin 2026/2027 di seluruh Asia Tenggara semakin meningkat, terutamanya apabila jendela penggunaan utama semakin hampir, menimbulkan risiko penurunan kepada pengeluaran, menurut BMI, sebuah unit Fitch Solutions.

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari Menjejaki Prestasi Serantau

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini, menjejaki prestasi pasaran serantau di tengah-tengah ketidaktentuan konflik yang berlanjutan selain diasak tekanan harga minyak.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu, disokong oleh peningkatan selera risiko di pasaran serantau walaupun prestasi semalaman Wall Street yang lebih lemah.

Makin Jadi Pilihan Pembasah Tekak, Kombucha Bukti Peralihan Trend Minuman

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Sewaktu penulis bergelar pelajar sekolah menengah sekitar 2013, teh kombucha masih terlalu asing sebagai minuman, malah tenggelam berbanding minuman kopi yang lebih digemari ramai sebagai pembasah tekak pilihan.