Terdapat 625 berita berdasarkan kata kunci carian " harga"

Bank Negara Malaysia Kekalkan OPR Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia telah mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus dalam mesyuaratnya yang diadakan hari ini.

Momentum Pertumbuhan Malaysia Berterusan Pada Suku Pertama 2026 Di Sebalik Risiko Luaran - BNM

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Penunjuk ekonomi Malaysia yang terkini menunjukkan momentum pertumbuhan yang berterusan pada suku pertama 2026, didorong oleh permintaan dalam negeri yang mampan dan pertumbuhan eksport yang kukuh, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu, menjejaki harga minyak soya yang lebih rendah di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) pada Selasa, kata seorang peniaga.

Ringgit Teruskan Momentum Kenaikan Menjelang Pengumuman OPR Esok

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum kenaikan apabila ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama dan unit serantau pada Rabu, didorong sentimen yang bertambah baik ketika pelabur menunggu keputusan mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Ketegangan Geopolitik

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang semakin mereda telah melonjakkan sentimen pasaran secara keseluruhan dan menggalakkan minat risiko yang lebih luas merentasi ekuiti serantau, kata seorang penganalisis.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Sedikit Dipengaruhi Ketidaktentuan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pasaran getah ditutup rendah sedikit pada Rabu, dipengaruhi ketidaktentuan geopolitik yang berlarutan susulan konflik di Asia Barat, meskipun berlaku aliran meningkat dalam niaga hadapan getah serantau.

Permintaan Domestik Perkukuh Ekonomi Malaysia Di Tengah-tengah Konflik Global -- Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Permintaan domestik kekal sebagai penampan utama bagi ekonomi Malaysia di tengah-tengah konflik yang berterusan di Asia Barat, kata Ketua Ahli Ekonomi Affin Kumpulan Affin Alan Tan. 

Industri Insurans Am Tumbuh 4.8 Peratus Pada 2025, Catat Keuntungan RM1.2 Bilion – PIAM

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Industri insurans am Malaysia merekodkan premium bertulis kasar (GWP) sebanyak RM24.2 bilion pada 2025, mewakili peningkatan 4.8 peratus daripada RM23.1 bilion yang dicatatkan pada 2024 selepas didorong oleh pengembangan berterusan dalam segmen insurans motor dan kebakaran, menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

Bursa Malaysia Teruskan Momentum, Naik 10.65 Mata Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatan pada tengah hari ini, menjejaki prestasi pasaran serantau yang kukuh dalam senario kemajuan rundingan damai Amerika Syarikat (AS)-Iran, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat pada dagangan Rabu, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street ketika penurunan harga minyak memulihkan sentimen para pelabur, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat Dasar BNM

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) esok.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Menjejaki Keuntungan Dalam Pasaran Minyak Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup tinggi hari ini selepas dipacu oleh kenaikan dalam harga minyak kacang soya, menurut seorang peniaga.