1hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini susulan harga minyak mentah yang lemah berikutan ketegangan Asia Barat yang semakin mereda sekali gus menyokong sentimen pasaran.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) – Inisiatif MY Value-Up Malaysia sedang diperkenalkan untuk membentuk semula keutamaan bilik lembaga bagi merangsang syarikat menerangkan strategi mereka dengan lebih berkesan, meningkatkan prestasi dan persepsi pelabur terhadap cadangan nilai jangka panjang mereka.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu terus memperkukuh disiplin fiskal, menambah baik penyampaian perkhidmatan awam, menyokong perniagaan, melindungi rakyat dan meletakkan negara pada kedudukan untuk meraih pelaburan dan pertumbuhan bernilai lebih tinggi, kata Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd (SDP) melancarkan dana pembangunan hartanah bernilai RM1.25 bilion dikenali sebagai New Economy Venture (NEV) bagi melabur dalam projek pusat data berkonsepkan bina mengikut keperluan penyewa dan untuk disewa serta pembangunan perindustrian dan logistik dalam rangkaian perbandaran utama syarikat itu di Malaysia.
1hari ago
PUTRAJAYA, 8 Jun (Bernama) -- Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) perlu melaksanakan peranan kepimpinan yang lebih kukuh untuk membantu syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia berkembang melangkaui pasaran domestik dan membina daya tahan industri untuk jangka panjang, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Liftech Group Bhd menyasarkan untuk meraih RM23 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) sempena cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 30 Jun, 2026.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Kekuatan kredit di seluruh Asia Selatan dan Asia Tenggara akan kekal stabil bagi tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang walaupun pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) akan menjejaskan kualiti kredit bagi sebahagian syarikat yang dinilai selain berdepan ketidakpadanan struktur mata wang.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) --Pengeluaran Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) global dijangka mencecah sekitar 2.4 juta tan pada tahun 2026, mewakili hanya 0.8 peratus daripada penggunaan bahan api penerbangan dan dengan kos sebanyak US$4.3 bilion kepada syarikat penerbangan, menurut anggaran Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Well Chip Group Bhd akan melaksanakan terbitan hak boleh lepas sehingga 120 juta saham baharu dalam syarikat itu untuk membiayai pengembangan rangkaian kedai pajak gadai baharu dan modal kerja.
4hari ago
KOTA KINABALU, 5 Jun (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah akan membawa Pelan Hala Tuju lima tahun Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) negeri itu ke mesyuarat Jemaah Menteri bagi mendapatkan sokongan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Encorp Bhd yang dilantik sebagai kontraktor utama bagi mereka bentuk dan membina perumahan kakitangan agensi itu.
5hari ago
SHAH ALAM, 5 Jun (Bernama) -- Selangor Smart Agro Park (SSAP) merekodkan jualan berjumlah RM483,082 dengan pengeluaran hasil tuaian sebanyak 154.90 tan metrik setakat ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Datuk Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi.