Terdapat 32 berita berdasarkan kata kunci carian " kastam"

Melaka Inland Port Pacu Pertumbuhan Ekonomi, Perkukuh Sektor Logistik

ALOR GAJAH, 6 Julai (Bernama) -- Projek Melaka Inland Port (MIP) bernilai RM300 juta dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri menerusi pengukuhan sektor logistik dan perdagangan, selain menyokong aspirasi kerajaan negeri mencapai sasaran nilai pelaburan RM10 bilion menjelang 2030.

FMM Gesa Pendekatan Seimbang AS Terhadap Cadangan Tindakan Tarif Seksyen 301

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mengguna pakai pendekatan seimbang terhadap cadangan tindakan tarif Seksyen 301 ke atas import yang dikaitkan dengan buruh paksa, sambil memberi amaran bahawa pengenaan duti secara menyeluruh boleh menjejaskan pengeluar Malaysia yang mematuhi peraturan serta mengganggu rantaian bekalan sedia ada.

JS-SEZ Langkaui Pelan Induk, Raih Pelaburan Diluluskan RM76.98 Bilion Pada 2025 -- Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan kekal komited dalam menjayakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai agenda ekonomi nasional yang meletakkan Johor sebagai pemacu pertumbuhan baharu negara.

Sabah Perlu Pelan Induk Logistik Bersepadu Untuk Hala Tuju Holistik

LABUAN, 30 Jun (Bernama) -- Sabah memerlukan pelan induk logistik serta pengangkutan bersepadu untuk menangani cabaran di peringkat struktur dan bukannya bergantung pada penyelesaian projek-projek yang berasingan, menurut seorang pakar logistik.

Malaysia, EU Teruskan Rundingan MEUFTA, Sasar Dimuktamadkan Menjelang 2027

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) telah memuktamadkan rundingan bagi lima bab di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA), dengan kedua-dua pihak menyasarkan perjanjian itu dimeterai menjelang 2027.

Pelepasan Cukai Perkhidmatan Ringankan Beban Pengurusan Bangunan Bukan Kediaman - MIPFM

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Keputusan kerajaan mengecualikan cukai perkhidmatan ke atas caj perkhidmatan dan sumbangan dana penjelas bagi bangunan bukan kediaman dijangka dapat mengurangkan impak kewangan terhadap pengurusan hartanah strata bukan kediaman, kata Institut Pengurus Harta dan Fasiliti Malaysia (MIPFM).

Enest Group Sasar Hasil IPO RM15.11 Juta Untuk Bayaran Balik Hutang, Dana Operasi

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Enest Group Bhd (Enest) yang disenaraikan di Pasaran LEAP menyasarkan untuk mengumpul RM15.11 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) sebagai sebahagian daripada pemindahannya ke Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.

Kedudukan Malaysia Dalam Penarafan IMD Naik Hasil Pembaharuan, Kerjasama Awam-swasta - FMM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Peningkatan Malaysia pada kedudukan ke-15 dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) mencerminkan usaha pembaharuan yang berterusan dan penyelarasan yang lebih erat antara sektor awam serta swasta, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).