1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Sektor domestik Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun pasaran tidak menentu dalam masa terdekat, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
1bulan ago
JAKARTA, 13 Mac (Bernama) -- Indonesia mungkin bergelut untuk mengekalkan defisit belanjawannya dalam lingkungan had undang-undang tiga peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), jika harga minyak global terus melonjak susulan ketegangan geopolitik berterusan, yang berpotensi memaksa kerajaan mempertimbangkan langkah fiskal luar biasa.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Scientex Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM135.18 juta pada suku kedua berakhir 31 Jan 2026 berbanding RM123.95 juta pada suku yang sama tahun kewangan 2025.
1bulan ago
PETALING JAYA, 13 Mac (Bernama) -- Konflik geopolitik global dijangka memberi kesan sederhana terhadap sektor pembangunan hartanah dan pembinaan Malaysia pada 2026, menurut tinjauan awal Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Sektor perbankan terus menawarkan ciri-ciri daya tahan dan kekal dilindungi dengan baik walaupun terdapat ketidaktentuan geopolitik yang meningkat, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Batik Air Malaysia melaksanakan penyesuaian sederhana bagi beberapa laluan terpilih, termasuk caj tambahan bahan api yang disusun mengikut kategori laluan, susulan peningkatan kos operasi akibat kenaikan harga minyak jet.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Kerajaan sedang berusaha memanjangkan jaminan bekalan minyak negara serta memastikan bekalan dalam negara kekal stabil susulan konflik yang berlaku di Asia Barat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas harga minyak mentah melonjak melepasi US$100, yang mendorong hasil pendek US dan dolar US menjadi lebih tinggi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat dengan harga bahan api yang tidak menentu menyebabkan sebahagian besar syarikat penerbangan pada masa ini “tidak berdaya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tony Fernandes.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Pengeluaran getah asli turun 0.4 peratus kepada 28,579 tan pada Januari 2026 daripada 28,684 tan pada Disember 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Jawatankuasa khas yang dipengerusikan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bagi meneliti perkembangan serta impak ekonomi semasa susulan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran mula diaktifkan, kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Keterjaminan Tenaga dan Kesan Konflik Asia Barat hari ini.