1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Anak syarikat Crescendo Corporation Bhd (CCB), Crescendo Development Sdn Bhd, menjual tanah perindustrian pegangan bebas kosong seluas 20.12 hektar di Kota Tinggi, Johor kepada Digital Edge Data Centers (Malaysia) Sdn Bhd pada harga RM346.53 juta.
1bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi, dengan indeks petunjuk pasaran naik 1.16 peratus untuk ditutup hampir kepada paras 1,700, disokong oleh sentimen positif susulan berita mengenai gencatan senjata selama dua minggu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, yang termasuk Tehran membenarkan laluan selamat untuk kapal melalui Selat Hormuz.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Keuntungan bersih Aeon Credit Service (M) Bhd, melonjak kepada RM385.88 juta dalam tahun kewangan berakhir 28 Feb 2026 berbanding RM370.61 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) memilih lima syarikat Malaysia iaitu Binastra Corporation Bhd, Eco-Shop Marketing Bhd, Kelington Group Bhd, LAC Med Bhd dan MR DIY Group (M) Bhd sebagai “Diamonds in the Rough” atau pilihan utama pelaburan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) kekal optimis terhadap sektor pembinaan, disokong oleh permintaan berterusan untuk pusat-pusat data dan komitmen perbelanjaan modal yang berterusan daripada firma teknologi global sehingga 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Peningkatan kos import petroleum dan gangguan logistik global ekoran konflik Asia Barat yang mengancam kadar inflasi serta kestabilan fiskal jangka panjang negara menjadi peringatan bagi Malaysia untuk memperkukuh kedaulatan tenaga melalui kepelbagaian sumber tempatan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Geohan Corporation Bhd melalui anak syarikatnya, Geohan Sdn Bhd meraih dua pakej subkontrak bernilai keseluruhan RM103 juta bagi Projek Sambungan Lebuhraya Pantai Baharu (New Pantai Highway) daripada IJM Construction Sdn Bhd.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin berikutan sentimen terjejas oleh peningkatan ketegangan di Asia Barat serta ketidaktentuan geopolitik yang berterusan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Insentif bagi pelaburan dalam industri automotif negara perlu mencipta kesan pengganda, memacu pertumbuhan di seluruh rantaian bekalan serta menyokong pembangunan vendor, menurut Persatuan Pembekal Proton Malaysia (PVA).
1bulan ago
SIBU, 4 April (Bernama) -- Seorang peniaga warga emas berusia lingkungan 60-an mengalami kerugian RM190,800 selepas menjadi mangsa penipuan urusan tukaran mata wang dalam talian yang tidak wujud.
1bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Lonjakan harga minyak global susulan konflik di Asia Barat tidak semestinya membawa kepada keuntungan luar biasa memandangkan peningkatan kos turut berlaku merentasi keseluruhan rantaian nilai tenaga, menurut Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit tinggi pada tengah hari, susulan prestasi bercampur-campur di pasaran serantau berikutan ketidakpastian mengenai kesan krisis Asia Barat.