10hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) berganding bahu menganjurkan Sesi Kesedaran Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) untuk vendor automotif tempatan.
10hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
BANDUNG, 9 Julai (Bernama) -- Selangor berhasrat memperkukuh hubungan perdagangan serta pelaburan dengan Jawa Barat, Indonesia menerusi kerjasama dalam beberapa sektor berpotensi tinggi yang dijangka memberi manfaat pertumbuhan ekonomi kedua-dua pihak, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 9 (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia sedang mengatur kedudukannya secara strategik untuk memperkukuh penerajuan dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang bertanggungjawab.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Pelabur asing kembali ke pasaran bon Malaysia pada Jun, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 bilion berbanding aliran keluar bersih RM4.3 bilion pada Mei, disokong oleh ketegangan geopolitik yang mereda dan keyakinan berterusan terhadap asas ekonomi negara.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Thailand yakin sasaran dagangan dua hala dengan Malaysia yang bernilai US$30 bilion (US$1=RM4.073), dapat dicapai menjelang tahun depan, kata Perdana Menteri Anutin Charnvirakul.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus bagi tempoh ketujuh berturut-turut, pada Khamis.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mempelawa syarikat tempatan mendaftar bagi menyertai Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Ke-22 2026.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Jumlah keseluruhan tanggungan kerajaan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) termasuk yang telah dilunaskan dan masih belum dijelaskan berjumlah RM51.4 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Penyedia penyelesaian transformasi digital SRKK AI Bhd menjangkakan pengembangannya ke Indonesia akan mula memberi sumbangan penting kepada perolehan kumpulan dalam tempoh tiga tahun susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
10hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan ketegangan yang semakin meningkat di Asia Barat telah menjejaskan sentimen pelabur.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bank-bank dan institusi kewangan pembangunan (DFI) di Malaysia sedang aktif menggunakan kecerdasan buatan (AI) namun kebanyakannya masih mengambil langkah berhati-hati dalam membuat keputusan terutamanya bagi perniagaan yang berimpak tinggi.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Chin Hin Group Property Bhd (CHGP) merancang membangunkan projek pembangunan bercampur dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM3.60 bilion di kawasan Segitiga Emas, Kuala Lumpur, melibatkan jumlah kos pembangunan (TDC) RM2.72 bilion.