BERITA TERKINI   Emma Firyana Saroji muncul juara acara singles wanita Piala Dunia Boling Padang 2025 | Program Kampung Angkat Madani dan Inisiatif Sejati MADANI, perkukuh semangat menyantuni rakyat – PM Anwar | Kerajaan MADANI tegas pastikan hak Sabah terus terbela melalui MA63, keadilan Sabah diperjuang - Fahmi Fadzil | PRN Sabah: DAP bertanding di lapan kerusi DUN - Anthony Loke | Seorang lelaki maut dalam kejadian tembak di sebuah stesen minyak, di Bukit Tinggi, Klang, malam tadi - Ketua Polis Selangor | 

Terdapat 57 berita berdasarkan kata kunci carian " korporat"

MoneyX, Mandrill Tech Lancar Platform CRM Diperkasa AI Pertama Di Negara Ini

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- MoneyX dan Mandrill Tech Sdn Bhd telah melancarkan platform pengurusan perhubungan pelanggan (CRM) yang diperkasakan kecerdasan buatan (AI), Net7, yang dibangunkan dalam persekitaran kad perniagaan pintar.

Syor Laksanakan Moratorium Kenaikan Premium Insurans Mulai Akhir 2026 -- Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan diminta melaksanakan langkah moratorium ke atas semua kenaikan premium insurans perubatan bermula akhir 2026 selepas tamat tempoh pengawalan kenaikan 10 peratus sehingga pelaksanaan penuh sistem Kumpulan Berkaitan Diagnosis (DRG) di sektor awam dan swasta.

Mahsia Media Hasrat Perkasa Komunikasi Jenama

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Sebuah syarikat baharu muncul dalam industri media dan pemasaran negara menerusi pelancaran rasmi Mahsia Media Group Sdn Bhd semalam, sebuah firma perunding komunikasi jenama yang diasaskan oleh Datuk Dr Calvin Khiu.

Kerajaan Disaran Semak Semula Pelepasan Cukai Korporat - BBC

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan disaran menyemak semula pelepasan cukai korporat khususnya bagi syarikat yang merekodkan keuntungan luar biasa tetapi mengekalkan jurang gaji yang terlalu besar di antara pengurusan tertinggi dengan pekerja bawahan. 

Kerangka Produk Asas Insurans/Takaful Perubatan, Kesihatan Dimuktamadkan Akhir 2025

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kerangka produk asas insurans/takaful perubatan dan kesihatan akan dimuktamadkan pada akhir tahun ini manakala pelancarannya dijangka pada 2027, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

MOF Cadang Kaji Semula Galakan Cukai Modal Teroka

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) mencadangkan galakan cukai modal teroka dikaji semula bagi syarikat modal teroka (VCC), syarikat pengurusan modal teroka (VCMC) dan pemegang saham individu VCC untuk terus menggalakkan pelaburan oleh VCC.

Bank Sambut Baik Kemudahan Bantu Perusahaan Kecil Perluas Perniagaan, Perkukuh Daya Tahan

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pengumuman mengenai jaminan pembiayaan, insentif keusahawanan dan program pendigitalan untuk perusahaan kecil dalam Belanjawan 2026 akan membolehkan mereka meningkatkan skala operasi dan memperkukuh daya tahan, menurut bank.

Pasaran Kewangan Malaysia Dijangka Kekal Kukuh Disokong Ekonomi Dan Dasar Monetari

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Prospek pasaran kewangan Malaysia kekal positif disokong oleh asas makroekonomi yang kukuh, dasar monetari yang menyokong dan pembaharuan struktur yang berterusan demi menjamin kemampanan pertumbuhan ekonomi.

Ivory Properties Akan Dinyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 14 Oktober

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia menolak rayuan Ivory Properties Group Bhd untuk melanjutkan tempoh bagi mengemukakan pelan pemulihan syarikat, sekali gus membawa kepada penyahsenaraian syarikat itu daripada Pasaran Utama.

Pertumbuhan ASEAN+3 Disemak Naik Kepada 4.1 Peratus Bagi 2025, 3.8 Peratus Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan di rantau ASEAN+3 diunjurkan pada kadar 4.1 peratus tahun ini dan 3.8 peratus pada 2026, sekali gus merupakan satu semakan naik berbanding unjuran yang dibuat pada Julai.

Program Pemecut Kembar Utama Selangor 2025 Umum Pemenang Deep-X Dan Retail-X

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Program Pemecut Kembar Utama Selangor 2025 (Selangor Twin Accelerator) menobatkan syarikat pemula niaga terbaik bagi dua trek utamanya, Deep-X dan Retail-X pada Hari Demo Akhir program itu di sini, hari ini.

Dana Asing Kembali Menjadi Pembeli Bersih Pada September, Mengakhiri Aliran Keluar Tiga Bulan - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti Malaysia pada September 2025, mengakhiri jualan berturut-turut selama tiga bulan dengan RM100 juta dalam aliran masuk berbanding aliran keluar sebanyak RM3.4 bilion yang dicatatkan pada Ogos 2025.