14hari ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Malaysia berada dalam kumpulan negara teratas dari segi kesediaan kecerdasan buatan (AI), disokong kadar penggunaan yang tinggi, kepercayaan awam serta pelaburan berterusan dalam ekonomi digital, menurut syarikat teknologi hartanah global, Juwai IQI Holdings.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, didorong oleh minat pelabur yang berterusan terhadap kaunter berkaitan pusat data terutamanya dalam sektor teknologi dan utiliti, susulan laporan pendapatan kukuh oleh penggiat semikonduktor Amerika Syarikat (AS).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Biodiesel perlu dilihat sebagai penampan tambahan kepada keselamatan tenaga berbanding lindung nilai yang kekal atau menyeluruh terhadap risiko diesel import, menurut CIMB Securities.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Institusi tempatan meruskan pembelian bersih bagi minggu kedua di Bursa Malaysia, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM534.2 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) hari ini.
17hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia diunjur tidak berubah berlegar antara 1,700 hingga 1,730 minggu depan, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- NexG Bhd menjelaskan semua pendedahan telah dibuat tepat pada masanya dan secara telus, serta mencerminkan pematuhan berterusan terhadap piawaian kawal selia dan amalan terbaik tadbir urus korporat.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Malaysia dan Filipina bersepakat mengenai kepentingan komunikasi secara berterusan bagi kedua-dua negara dalam menangani isu keselamatan tenaga.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang mengkaji semula undang-undang sedia ada bagi menutup kelemahan perundangan dan memperkukuh penguatkuasaan, sebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan kadar sabitan bagi kesalahan pasaran modal.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Semakan fi yang dilaksanakan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) baru-baru ini bertujuan memastikan kewangan badan pengawal selia itu mampan untuk jangka panjang berikutan struktur pendapatan semasanya adalah berkait rapat dengan aktiviti pasaran, menurut SC.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025 dan terus memainkan peranan asas dalam memudah cara pengumpulan modal bagi ekonomi domestik walaupun berdepan persekitaran global yang tidak menentu, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
21hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan sentimen pasaran lebih baik susulan laporan bahawa Iran mungkin menyertai rundingan pusingan kedua dengan Amerika Syarikat (AS) di Pakistan.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Wartawan Perkhidmatan Berita Ekonomi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Zufazlin Baharuddin, telah terpilih menyertai Program Residensi Khazanah (KRP) Wolfson Press Fellowship 2026 anjuran Khazanah Nasional Bhd.