Terdapat 136 berita berdasarkan kata kunci carian " laporan"

Malaysia Kekal Jadi Tarikan Utama Pelabur Asing Dengan Aliran Masuk Bersih RM98.5 Juta

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Malaysia menjadi satu-satunya pasaran Asia yang mencatat aliran masuk asing bersih minggu lepas, berjumlah RM98.5 juta, daripada lapan negara yang dipantau oleh MBSB Investment Bank Bhd.

Peniaga Rugi RM190,800 Ditipu Urusan Tukaran Mata Wang Asing

SIBU, 4 April (Bernama) -- Seorang peniaga warga emas berusia lingkungan 60-an mengalami kerugian RM190,800 selepas menjadi mangsa penipuan urusan tukaran mata wang dalam talian yang tidak wujud.

Ringgit Dijangka Didagangkan Secara Berhati-hati Minggu Depan Berikutan Konflik Asia Barat

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Pasaran pertukaran mata wang asing dijangka kekal dalam sentimen berhati-hati minggu depan, termasuk kemungkinan ringgit dalam julat RM4.00 hingga RM4.05 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan perang di Iran yang masuk minggu kelima.

Bursa Malaysia Dijangka Kekal Alami Dagangan Secara Berhati-hati Ekoran Konflik Asia Barat

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Dagangan di Bursa Malaysia dijangka berada dalam julat kecil dan dilakukan secara berhati-hati oleh kalangan pelabur minggu depan, memandangkan bursa tempatan terus dikekang dalam jajaran 1,680 hingga 1,740 berikutan konflik Asia Barat yang berlarutan, kata pakar ekonomi.

Malaysia Paling Kurang Terjejas Di ASEAN Oleh Konflik Asia Barat - RHBIB

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Malaysia merupakan negara ASEAN yang paling kurang terjejas oleh konflik di Asia Barat, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHBIB).

Belia Malaysia Takrif Semula Pekerjaan Dan Perniagaan Dalam Era Digital - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Golongan belia Malaysia sedang mentakrif semula bagaimana pekerjaan dan perniagaan boleh dimanfaatkan dalam era digital melalui penciptaan kandungan, penstriman langsung, pemasaran afiliasi dan keusahawanan digital di TikTok serta TikTok Shop.

MTA Lancar Pelan Tindakan 2025 Blueprint, Laporan Kemampanan Takaful

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah melancarkan Pelan Tindakan Sektor Kewangan (FSB) 2025 dan Laporan Kemampanan untuk Takaful hari ini, yang mendedahkan kemajuan industri dalam memajukan keterangkuman kewangan, kemampanan dan transformasi digital.

Jangkaan Perang AS-Iran Reda Dorong Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhan awal untuk ditutup meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, didorong sentimen optimis kalangan peniaga pasaran susulan isyarat kemungkinan perang AS-Iran bakal berakhir.

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Susulan Sentimen Bertambah Baik

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street, susulan sentimen pelabur yang bertambah baik berikutan jangkaan konflik di Asia Barat mungkin reda dalam masa terdekat.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Isyarat Pengunduran AS Dari Iran

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada Rabu apabila sentimen global bertambah baik susulan jangkaan Amerika Syarikat (AS) mungkin berundur dari Iran dalam tempoh beberapa minggu.

Anwar: Prestasi Ekonomi 2025 Bukti Dasar Kerajaan Berkesan

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama)-- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan ekonomi Malaysia yang positif merupakan cerminan kepada petanda bahawa dasar yang dilaksanakan kerajaan berada di landasan yang tepat. 

Harga Minyak Global Boleh Melonjak Lebih Tinggi Jika Konflik Di Asia Barat Terus Meruncing

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Harga minyak global berkemungkinan kekal tinggi sekiranya konflik di Asia Barat terus meruncing tanpa sebarang gencatan senjata, menurut syarikat perisikan perniagaan dan penyelidikan tenaga bebas Rystad Energy, hari ini.