Terdapat 341 berita berdasarkan kata kunci carian " malaysia"

Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat Tanco Holdings

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia menggantung aktiviti jualan singkat harian (IDSS) untuk Tanco Holdings Bhd bagi baki hari ini selepas saham tersebut melanggar had harganya.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives pada Selasa, sejajar dengan prestasi kadar asas pasaran tunai yang lemah.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Kebimbangan Perkembangan Konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah hari ini dengan indeks utama susut 0.06 peratus meskipun pelabur terus aktif dalam pasaran yang lebih luas di sebalik kebimbangan berterusan terhadap konflik di Asia Barat.

Peranan Malaysia Sebagai Hab Semikonduktor Strategik Semakin Penting -- Micron Technology

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Peranan Malaysia sebagai hab semikonduktor strategik menjadi semakin penting apabila ketegangan geopolitik terus mengubah rantaian bekalan global, kata Naib Presiden Korporat Operasi Pemasangan dan Pengujian NAND Micron Technology Amarjit Sandhu.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Kebanyakan Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kebanyakan mata wang utama lain hari ini, sejajar dengan penyusutan kecil Indeks Dolar AS (DXY) susulan ketegangan yang semakin reda di Asia Barat.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Mentah, Minyak Soya Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan minyak soya yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Malaysia Raih Pelaburan Diluluskan RM92.8 Bilion Pada Suku Pertama 2026 - MIDA

KUALA LUMPUR, 8 Jun(Bernama) -- Malaysia meraih pelaburan diluluskan berjumlah RM92.8 bilion bagi suku pertama 2026, dengan Jepun menjadi pelabur asing terbesar manakala pelaburan domestik mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun paling kukuh dalam suku yang sama.

IPO Sum Technology Terlebih Langganan 110.54 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) firma perkhidmatan kejuruteraan Sum Technology Bhd (Sum Technology) terlebih langganan sebanyak 110.54 kali ganda menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 18 Jun 2026.

MPRC Perlu Perkukuh Peranan Bantu Syarikat OGSE Tembusi Pasaran Global- Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA, 8 Jun (Bernama) -- Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) perlu melaksanakan peranan kepimpinan yang lebih kukuh untuk membantu syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia berkembang melangkaui pasaran domestik dan membina daya tahan industri untuk jangka panjang, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Berikutan Kebimbangan Terhadap Kenaikan Kadar AS

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi COMEX yang menurun apabila laporan data pekerjaan yang kukuh di Amerika Syarikat (AS) mencetuskan kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah di negara itu.

Bursa Malaysia Keluar Pertanyaan UMA Kepada Tanco Selepas Harga Saham Jatuh

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Tanco Holdings Bhd telah menerima pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) daripada Bursa Malaysia Securities Bhd berikutan kejatuhan mendadak dalam harga sahamnya pada Isnin.

Muhibbah Peroleh Kontrak Terminal Regasifikasi Lng Bernilai RM300 Juta Di Lumut

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Muhibbah Engineering (M) Bhd (Muhibbah) memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM300 juta daripada Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd (LMTSB).