1hari ago
KUALA LUMPUR,14 Ogos (Bernama) -- Ringgit kekal stabil secara amnya berbanding mata wang rakan dagangan utama pada suku kedua 2026, meskipun keadaan kewangan global yang terus berubah, khususnya berikutan perubahan jangkaan pasaran terhadap hala tuju dasar monetari Amerika Syarikat (AS), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Imbangan Akaun Semasa (CAB) Malaysia mencatatkan lebihan RM10.8 bilion pada suku kedua 2026, terutamanya disokong peningkatan ketara lebihan Akaun Barangan kepada RM40.7 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 6 peratus pada suku kedua 2026, mengatasi anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sebanyak 5.8 peratus, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) pada RM4,400 setan metrik bagi 2026 dan RM4,450 setan metrik bagi 2027 sementara menunggu musim pengumuman keputusan kewangan yang akan datang.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangka ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.9 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2026, tinggi sedikit daripada anggaran awal sebanyak 5.8 peratus.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Harga saham AirAsia Group Bhd meningkat dua peratus pada dagangan awal Jumaat meskipun syarikat penerbangan itu mencatatkan kerugian bersih bagi suku kedua 2026 dalam keputusan kewangan syarikat itu yang diumumkan semalam.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat sebelum menurun tidak lama kemudiannya, dengan aktiviti pengambilan untung dilihat di kaunter produk perindustrian dan pembinaan, walaupun Wall Street semalaman ditutup tinggi.
1hari ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin dan Mohd Noor Azeery Idris
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Penekanan aspek seperti kestabilan pendapatan, kecairan dan keselamatan modal perlu terus menjadi asas bagi dasar pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) memandangkan institusi itu menguruskan simpanan yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama dan ASEAN menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2026 hari ini, kata ahli ekonomi.
2hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Prestasi niaga hadapan minyak sawit mentah (CPO) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi pada Khamis, disokong prospek positif permintaan eksport minyak sayuran ke India.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Keyfield International Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2026 menyusut kepada RM23.09 juta berbanding RM66.36 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.